Header Ads

Steak Salmon Untuk Ibu

Dulu masa Mama terpaksa berehat di rumah selepas menjalani pembedahan mata, Ayuni masakkan untuk Mama makanan yang kebanyakannya berasaskan sayur dan ikan, serta makanan yang kurang gula dan garam. Ayuni gunakan ikan salmon sebagai stik untuk gantikan daging yang menjadi kegemaran Mama, dan galakkan Mama makan lebih sayuran. 

Stik salmon mudah disediakan berbanding stik daging kerana tidak perlu diperap lama-lama, masa untuk menyediakannya pun amat singkat. Apa yang diperlukan cuma kepingan ikan salmon (kepingan dari bahagian tengah hingga ke ekor lebih selamat kerana kurang tulang) yang dipanggang atau dibakar bersama bawang putih, halia, mentega, jus lemon dan garam. Masa sajian boleh letak apa-apa perencah sampingan secara suka hati - dari sos tartar, sos jalapeno, sos belut, shoyu, mustard, sos lada hitam, jus limau hingga ke chutney nenas atau mangga, apa sahaja.

Kepingan ikan salmon bersama bak choy yang belum dimasak. Makan mentah-mentah pun sedap juga.

Tiada ulasan