SERAM & MISTERI

Seram, Radio Di Rumah Terpasang Sendiri


Seram, Radio Di Rumah Terpasang Sendiri | Apa perasaan anda jika balik ke rumah dan mendapati radio atau televisyen terpasang secara tiba-tiba... padahal tiada sesiapa di rumah pada masa itu!

Inilah apa yang berlaku pada Ayuni dan keluarga semasa kami balik dari kerja malam tadi. Selesai membuka kunci pintu rumah dan sebaik saja kami masuk ke ruang tamu, tiba-tiba kami semua tercengang mendengar bunyi radio yang terpasang di situ.

Masing-masing mula pandang-memandang sama sendiri. Ayuni masih ingat lagi yang kesemua barangan elektrik dah dimatikan sebelum semua orang keluar rumah. Kalau radio tu terbuka sebelum kami keluar, mesti salah seorang daripada ahli keluarga yang terdengar bunyi radio tersebut, sebab ia berbunyi sangat kuat (radio jenis sistem stereo yang menggunakan pita kaset dan CD). 

Menyeramkan... tambahan pula radio itu ialah radio lama yang kami jumpa dan beli di pasar karat di luar negara sebagai koleksi. Muncul pula suara DJ dalam slanga Sabah bercakap tentang Kuala Penyu melalui siaran yang keluar dari radio tersebut. Tak tahu siaran apa. Biasanya Ayuni tak guna radio itu untuk mendengar lagu (selalunya dengar lagu dalam fail mp3 di laptop) dan kalau ada adik yang mendengar radio itu pun dia akan pasang siaran stesen radio bahasa Inggeris sahaja.

Rumah juga berkunci rapat dan tiada sesiapa berada di rumah sepanjang hari. Tiada kesan orang masuk ke dalam rumah juga. Siapa agaknya yang buka radio itu?

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

7 Komen:

TunSha Ayunie said...

Teringat pulak kisah masa tinggal di taman melawati dulu. Jawab telefon dengar suara orang ketawa, lepas tu baca al-quran dan selepas itu beg di tangga terjatuh sendiri... haihhh seram pulak..

Ayuni Rafilah said...

Kawasan tu memang antara kawasan taman perumahan yang lama. Pernah dengar banyak cerita seram yang berlaku di situ.

mrhanafi said...

Adalah seram sedikit..

Cahaya Semulajadiku said...

sy pulak radio tertukar siaran lain waktu sy dan kakak tgh dengar lagu yg tak sedap..agaknya kita berhadapan dgn mahkluk halus yg sama kot :-)

laptop pun pernah, sy guna laptop kemudian blackout, dlm setengah jam setelah elektrik ada semula baru laptop td hidup semula. sy taktau la kalau laptop mmg jenis on sendiri..

Ayuni Rafilah said...

Sedikit sahaja?

Ayuni Rafilah said...

Ia minat dengan barangan elektrik dan elektronik ya...

Cahaya Semulajadiku said...

Pernah terbaca dekat surat khabar lbh kurang 7 tahun lepas yg mengatakan mahkluk halus adalah dlm gelombang yg rendah, kehadiran dia mmg akan menganggu elektrik. Kalau dlm movie barat pun selalu tunjuk scene mcmtu, tu mmg benda yg betul rupanya..

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.