Header Ads

Pizza Suka Hati

Satu resipi kegemaran Ayuni bila buat projek memasak bersama anak-anak murid Ayuni ialah Pizza Suka Hati. Mengapa namanya Suka Hati? Puncanya Ayuni akan biarkan mereka memilih bahan-bahan tertentu seperti hirisan sosej, keju, tomato, bawang putih, lada Benggala, nenas, cendawan, sos barbeku, isi ayam, isi ketam, mayonis dan puri tomato untuk dibawa ke kelas. Kemudian mereka akan menabur bahan yang telah dipilih sebanyak mana mereka mahu ke atas roti pita atau roti Arab yang seterusnya akan dibakar dalam ketuhar yang Ayuni sediakan. Hasilnya adalah seperti dalam gambar di bawah:

Hasil masakan bersama anak-anak murid Ayuni

3 ulasan:

  1. Kalau saya selalu buat guna sardin sos dia tu..hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sos tomato sardin yang pekat tu sedap... lebih-lebih lagi yang rasa masam-masam manis tu :9

      Padam
  2. Nama 'pizza suka hati' je pun, tp nampak sedap.. Nk cari isteri yg pandai buat pizza la :)

    BalasPadam