Header Ads

Pelik Kenapa Telefon Ini Jadi Viral, Rupa-Rupanya...


Mula-mula Ayuni pelik kenapa telefon retro ni sedang hangat dipasarkan dalam Lazada, Amazon dan 11Street sekarang memandangkan zaman sekarang ni ramai dah menggunakan telefon pintar. Telefon ini mengingatkan Ayuni kepada telefon rumah yang pernah digunakan di zaman dulu.

Helo... helo?

Rupa-rupanya ini bukan telefon seperti yang Ayuni sangkakan, sebaliknya ia merupakan aksesori berbentuk gagang telefon retro untuk telefon pintar yang baru. Aksesori ini tujuannya berfungsi untuk menghalang radiasi yang boleh menjadi punca penyakit kanser ketika pengguna menjawab panggilan telefon. Gagang telefon anti-radiasi ini mempunyai mikrofon yang mana boleh digunakan untuk anda berhubung dengan pemanggil tanpa mendekatkan kepala kepada telefon. Harga yang dijual boleh tahan juga... antara RM43 hingga RM72. Ada juga yang dijual dengan kelengkapan bluetooth, namun harganya lebih mahal dan mencecah sehingga RM230.

Gagang telefon anti-radiasi ini dijual dalam pelbagai warna menarik.

Ada sesiapa yang dah pernah guna gagang telefon anti-radiasi retro ini?

1 ulasan:

  1. Kalau kita kerap guna laptop, pc, dan segala gadget yg ada, kita terdedah kpd radiasi ke mcmne?..dlm sehari tu 3 ke 4 kali atau lebih kerap guna laptop

    BalasPadam