Header Ads

Lagu Dato Sri Vida Buat Pengguna Media Sosial Jadi Tak Keruan


Apa sahaja yang dilakukan oleh ratu kosmetik Dato Sri Vida pasti mencetuskan fenomena di kalangan netizen. Baru-baru ini Dato Sri Vida sekali lagi membuat para pengguna media sosial umpama tak keruan dengan nyanyiannya menerusi lagu I Am Me. Buktinya baru 4 hari selepas video muziknya ciptaan Edry KRU itu dilancarkan di YouTube, lebih 10 video muzik parodi diterbitkan dengan memaparkan pengguna media sosial meniru gaya manja Dato Sri Vida. 

Video parodi meniru gaya DSV menular di YouTube dalam 4 hari selepas pelancaran 'I Am Me'.

Hampir di semua media sosial, muzik video berlirik lagu I Am Me yang memaparkan aksi usahawan kosmetik itu sedang rancak dikongsikan. Kini lebih daripada 50,000 orang pengunjung telah menyaksikan video muzik I Am Me dan jumlah itu semakin bertambah. Malah, video Dato Sri Vida juga dipuji oleh Chef Wan serta diikuti oleh pengguna media sosial dari luar negara!

Suka benar lelaki Arab ni mendengar lagu DSV

Bagi pencipta lagu itu, Edry Abdul Halim, 41, usahanya untuk menjadikan I Am Me satu fenomena viral sudah menampakkan hasil. "Dato Sri Vida melambangkan keyakinan seorang wanita dan I Am Me sangat sesuai dengannya," kata Edry KRU yang ditemui ketika sesi pembikinan muzik video I Am Me di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Ayuni rasa lagu I Am Me ini agak catchy dan seronok diikuti. Ia juga membuat Ayuni berasa hendak makan mi ayam semasa sedang menaip artikel ini. Namun apa yang paling ajaib ialah apabila ia dikatakan sangat mujarab sehingga pesakit koma boleh sedar semula setelah mendengar lagu I Am Me...

Adakah 'I Am Me' bakal menjadi produk kesihatan baru selepas jus Pamoga?

Apakah pendapat anda pula tentang video I Am Me oleh DSV? Jika anda belum tonton lagi bolehlah tengok sekarang di link ini: I Am Me - DSV

Sumber: Astro Awani: Edry Memang Sengaja Mahu Lagu Datuk Seri Vida, I Am Me Jadi Viral

2 ulasan:

  1. Hahahah lawak org yg koma bangun dan tutup radio tu..ntah la, lagu Ayam Me ni mcm lagu i say p**i , you say mak , p**i mak..sorry

    BalasPadam
  2. Kadang2 kesian bila orang panggil dia badut. Realitinya DSV memang seorang yang berani. Cuma segan sikit tengok dia menari dalam video clip tu. Apapun, lagunya memang catchy dan menyeronokkan. Hilang stress.

    BalasPadam