Header Ads

Kenapa Roti Ban Korean Spicy Burger McDonald's Hitam?


Sejak 25 haribulan Julai lalu McDonalds telah menjual burger terbaru mereka iaitu Korean Spicy Burger yang kelihatan unik rupanya. Masa burger ini mula keluar, Ayuni terus ke kaunter McDonalds di KL Sentral untuk merasainya sendiri sebab sebelum ni Ayuni pernah nampak gambarnya viral di Facebook. 

Kotak bungkusan burger Korean Spicy McDonald's.

Inilah keunikan rupa burger Korean Spicy McDonald's... roti ban arang yang hitam!

Ramai juga rakan di Facebook bertanyakan Ayuni mengapa roti ban burger Spicy Korean ini hitam bila mereka ternampak Ayuni upload gambar burger ni. Sebenarnya roti ban ini ditambah dengan serbuk arang buluh yang membuatkan roti menjadi berwarna hitam. 

Boleh ke orang makan arang? Jangan bimbang, penggunaan arang dalam makanan merupakan budaya yang telah lama dipraktikkan di Jepun, Korea dan China, dan dikatakan berfungsi untuk mengatasi gangguan sistem pencernaan. Malah, memakan makanan yang dicampur dengan arang juga dapat menyingkirkan toksin dan racun daripada sistem dalam badan. Sebab itu pihak hospital dan klinik akan bagi ubat arang untuk kes keracunan makanan serta kes terlebih dos ubatan.

Rupa burger setelah digigit oleh Ayuni.

Apakah rasa burger ini? Sedap ke?

Bagi Ayuni Korean Spicy Burger ini rasanya boleh tahan. Daging burger ini setebal daging burger Quarter Pounder dan ada rasa kepedasan kimchi. Ayuni suka dengan amaun sayuran yang banyak diletakkan bersama bawang yang di grill serta dibubuh sos Guochujang. Roti ban sangat lembut walaupun rupanya kelihatan pelik. Cuma apa yang mengecewakan ialah Ayuni tidak menemui keju dalam burger Ayuni. Adakah ia telah cair menjadi sebati dengan sos Guochujang... atau staf penyediaan makanan terlupa untuk meletakkan keju?

Disebabkan lidah Ayuni kebal pedas, maka kepedasan burger Korean Spicy tidak berapa berjaya membuat Ayuni berasa kagum. Namun kesan kehangatan yang dirasai dalam perut beberapa ketika selepas itu amatlah dihargai. Ia ibarat memakan 5 sudu besar lada sulah. Oleh itu, Ayuni beri 3.5 daripada 5 bintang untuk burger ini.

Set hidangan lengkap dengan kentang goreng dan air.

Korean Spicy Burger boleh didapati di restoran McDonald's pada harga RM13.99 untuk hidangan ala carte dan RM15.99 untuk set lengkap bersama kentang goreng Criss Cut Fries dan minuman berkarbonat.

Jom tengok poster promosi McDonald's bagi mengiklankan burger Korean Spicy mereka di bawah:

4 ulasan:

  1. Sedapppnyaa..kak ayuni first time nk gigit burger tu, ada rasa ragu2 x?..yelah dah mcm burger dlm kartun spongebob gaya nye..

    BalasPadam
  2. Huish..mmg xpedas tp..3ari woo..kluar masuk tandas..hahahha

    BalasPadam