Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

TEKNOLOGI

POS MALAYSIA Memperkenalkan Poskad Raya Augmented Reality


POS MALAYSIA Memperkenalkan Poskad Raya Augmented Reality | Canggih betul poskad raya keluaran Pos Malaysia ini, kan!

Baru-baru ini Ayuni telah membeli produk keluaran Pos Malaysia terbaru, Poskad AR (Augmented Reality). Seronok tengok watak-watak dalam poskad raya timbul hidup atas kad dan bergerak ke sana sini menjalani aktiviti beraya. Ia mirip pop-up greeting card tetapi dalam versi animasi. Ada yang sibuk membakar lemang, ada yang bersalaman sesama sendiri, ada yang berjalan pergi ke masjid, dan ada juga yang dalam perjalanan balik kampung untuk beraya di rumah ibu bapa. Leka melihat gelagat watak-watak animasi ini, rasa macam kita berada dalam dunia mereka juga.

Satu pek mengandungi 4 keping poskad dan boleh didapati terus di kaunter Pos Malaysia pada harga RM6.25. Setiap poskad dilengkapi dengan setem sedia ada, jadi anda tak perlu hendak membeli dan melekatkan setem pada poskad... cuma tulis dan masukkan ke dalam mana-mana peti pos berdekatan. Mudah, kan?

Untuk melihat animasi timbul pada kad-kad raya ini, pengguna harus muat turun aplikasi AR Pos Malaysia di Google Play Store dan halakan kamera ke atas kad.

Singgah di link ini untuk melihat video demo penggunaan poskad raya AR Pos Malaysia: Poskad Raya AR

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.