Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

TEKNOLOGI

Pix2Pix Ubah Contengan Biasa Kepada Mimpi Ngeri!

Pix2Pix Ubah Contengan Biasa Kepada Mimpi Ngeri! | Semalam Ayuni terbaca artikel oleh Mathew Olson dalam Digg.com tentang aplikasi yang menggunakan teknologi rangkaian neural hasil rekaan Christopher Hesse. Bagi sesiapa yang pertama kali dengar tentang teknologi rangkaian neural, teknologi ini menggunakan AI yang telah dilatih untuk menterjemahkan lukisan manusia dan menghasilkan semula terjemahan itu mengikut program sistem. 

Aplikasi yang dinamakan sebagai Px2Pix ini boleh mengesan garisan contengan yang dibuat dan memaparkan semula contengan dalam bentuk 3D. Caranya mudah, cuma conteng dalam kotak INPUT, klik pada butang Process dan hasil contengan akan keluar dalam kotak OUTPUT. Contohnya boleh dilihat pada gambar-gambar contengan yang Ayuni buat ni:

Kucing

Kentang

Itik

Nampak menakutkan! Terutama sekali kentang tu... macam dah kena masak sampai rentung. Selain itu, aplikasi ini nampaknya boleh buat lukisan objek tak bernyawa kelihatan lebih realistik dan boleh dijadikan alat rujukan untuk membuat rekaan barangan. Macam kasut yang Ayuni cuba hasilkan di bawah ni:

Beg

Kasut


Nak tengok sendiri apa akan jadi dengan hasil contengan anda juga? Klik sini: Pix2Pix

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.