Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

SERAM & MISTERI

Makhluk Jelmaan Syaitan Gempar Penduduk Kampung


Makhluk Jelmaan Syaitan Gempar Penduduk Kampung | Kemunculan bangkai sejenis makhluk yang tidak dikenalpasti di Qaqeni, sebuah perkampungan Afrika Selatan telah menggemparkan penduduk sekitar. Mereka mendakwa bahawa makhluk yang menyerupai manusia tersebut merupakan hasil pemujaan syaitan oleh ahli sihir. 

Gambar yang memaparkan rupa 'makhluk jelmaan syaitan' tersebut telah ditular dan tersebar dengan pantas sehingga ke pengetahuan Jabatan Pembangunan Luar Bandar Timur Cape, yang kemudiannya menghantar pegawai untuk menyiasat kesahihan kejadian.


Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan, Dr Lubabalo Mrwebi mengesahkan gambar itu bukan palsu dan mendapati bahawa bangkai makhluk yang dikatakan 'jelmaan syaitan' terbabit sebenarnya anak biri-biri yang tidak membentuk dengan baik dan dijangkiti virus RVF (Rift Valley Fever) ketika dalam kandungan.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.