Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

BERITA

Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak Usaha Banteras Pedofilia Di Malaysia


Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak Usaha Banteras Pedofilia Di Malaysia | Selaras dengan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017 yang diluluskan di Parlimen pada April lalu, kini Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak ditubuhkan di Malaysia bagi mengendalikan kes-kes penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak serta melindungi mereka daripada jenayah seksual seperti rogol, sumbang mahram, cabul kehormatan, dan pedofilia.

Mahkamah khas berkenaan menjadi mahkamah pertama  diwujudkan di negara ini, dan turut menjadi yang pertama di Asia Tenggara. Kes pertama akan dikendalikan oleh mahkamah tersebut pada 4 Julai 2017. Untuk permulaan, Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak akan mendengar kes-kes yang berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum diperluaskan lagi ke 13 negeri lain di seluruh Malaysia.

Sebelum ini negara pernah digemparkan dengan berita tentang kegiatan pedofilia warga Britain Richard Huckle yang telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di atas kesalahan merogol dan mencabul kehormatan lebih 200 orang kanak-kanak di Malaysia dan Kemboja. Kewujudan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak ini diharap dapat menjadi saluran bagi membanteras isu sedemikian di samping mempercepatkan proses perbicaraan kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.