Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Kenali Jenis Kurma Yang Anda Beli


Setiap kali nak masuk bulan Ramadhan, suara perempuan berbisik dalam iklan syarikat kurma terkenal tu mesti ada berkumandang dalam radio dan tv. Tiba masanya buah kurma memunculkan diri dalam pasaran. Buah kurma telah menjadi makanan yang wajib ada di sepanjang bulan puasa memandangkan ia juga merupakan salah satu makanan sunnah Nabi. Selain daripada rasanya yang manis dan sedap, buah kurma juga memiliki khasiat baik untuk kesihatan, di antaranya karbohidrat, serat, protein, vitamin C, air, dan lemak.

Antara kebaikan kurma kepada tubuh badan manusia:

  1. Menguatkan daya ingatan.
  2. Bagus untuk sistem pelawasan.
  3. Membekalkan tenaga yang mampu diserap serta-merta ke tubuh.
  4. Baik untuk wanita mengandung dan memudahkan proses bersalin.
  5. Penawar racun bagi sesiapa yang sentiasa mengamalkan pemakanan kurma.
  6. Jika dikisar atau ditumbuk halus sehingga menjadi serbuk lalu dicampurkan dengan air, ia boleh menjadi ubat untuk merawat demam.
  7. Mengubati gangguan usus dan sembelit.

Buah kurma (nama saintifiknya ialah Phoenix dactylifera) terbahagi kepada 3 kategori iaitu kategori lembut, kering dan separa kering. Ada ratusan jenis kurma dalam dunia ini namun dalam pasaran Asia Tenggara yang paling terkenal ialah kurma Ajwa, Deglet Noor, Halawi, Mozafati, Khadrawi, Medjool, Rotab, Sukkari, Safawi, dan Mariami. Mungkin ada antara jenis ini yang dah dibawa pulang ke rumah anda sekarang? Jom baca tentang jenis-jenis kurma yang ada dalam pasaran kita:

1. Ajwa

Kurma Ajwa juga dikenali sebagai kurma Nabi kerana ia merupakan kurma kegemaran Rasulullah. Kurma ini berasal dari Madinah dan memiliki warna yang gelap. Tekstur kurma ini lembut dan rasanya semanis buah kismis.

2. Sukkari

Merupakan kurma yang paling mahal nilainya. Kurma jenis ini berwarna coklat gelap dan tekstur yang sangat lembut. Ia mempunyai rasa manis yang eksklusif dan ini merupakan sebab mengapa ia dijual pada harga yang amat mahal. 

3. Deglet Noor

Dikelai sebagai "Permaisuri segala Kurma", kurma ini mempunyai warna kuning keemasan dan berbentuk panjang. Teksturnya separa lembut dan isinya lemak manis seperti madu.

4. Medjool

Kurma ini merupakan jenis yang bukan sahaja terkenal di Asia Barat, malah juga di Amerika Syarikat. Kebanyakan kurma Medjool yang dijual di pasaran berasal dari Palestin dan California, USA. Medjool mempunyai saiz yang besar, berwarna coklat Teksturnya tebal dan melekit sedikit. Rasanya agak 'berempah' berbanding kurma-kurma yang lain - bila dikunyah kurma ini memiliki aroma seperti madu bercampur kayu manis dan gula merah.

5. Safawi

Kurma Safawi menyerupai kurma Ajwa namun saiznya lebih besar. Kurma ini dikatakan mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan, antaranya ia dapat mencegah anemia dan membunuh cacing dalam perut.

6. Mariami

Di sesetengah tempat, kurma Mariami dikenali sebagai kurma Piarom. Ia termasuk dalam kategori separa kering dan biasanya dituai pada musim luruh. Kurma ini berasal dari Iran dan menjadi buah komersil di pasaran seluruh dunia. Ia mempunyai bentuk panjang, warna coklat kemerahan, serta tekstur yang nipis dan lemak manis. Kurma ini sesuai dimakan oleh golongan penghidap diabetes kerana mengandungi paras gula yang rendah.

7. Halawi

Kurma Halawi digemari ramai kerana isinya yang lembut dan lemak berkrim ibarat mentega berkaramel. Kurma ini juga kerap digandingkan dengan pelbagai aneka pencuci mulut dan pastri.

Tiada ulasan