Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

Aroma Thai Tom Yum Madam Pum Membuka Selera Keluarga


Aroma Thai Tom Yum Madam Pum Membuka Selera Keluarga | Selama ni dah banyak kali masak tom yam tapi ini kali pertama Ayuni pakai pes Thai Tom Yum Madam Pum yang diimport dari Thailand ni. Biasanya Ayuni guna sayur-sayuran dan daging ayam atau makanan laut sebagai perencah utama tom yam. Terkejut tengok kuah tom yam dalam periuk jadi merah menyala padahal cuma bubuh 3 sudu. 

Tiba-tiba teringat masa dulu orang-orang tua selalu pesan agar jangan makan tom yam buatan Siam, terutama yang kuahnya berwarna merah pekat sebab takut mereka campur hati khinzir dalam perencah. Risau pula, terus baca balik label pada botol... ada pula logo halal daripada Jabatan Agama Islam Thailand. 

Senang betul gunakan pes Thai Tom Yum Madam Pum ni. Bahan-bahan yang digunakan cukup rasa serba serbi sampai tak perlu letak garam, daun limau dan cili. Yang tak reti masak tom yam pun boleh buat tom yam sedap pakai pes ini. Dari aroma semerbak tom yam yang dah siap kita boleh tahu pes Thai Tom Yum Madam Pum banyak gunakan ramuan asli, memang betul-betul membuka selera. Rasa dia saaaaaaangat sedap! Dah boleh buka restoran dah ni, hehehe...

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.