Header Ads

Bayi Lahir Sambil Genggam Alat Pencegah Kehamilan

Ayuni terbaca satu berita yang sedang menular di Alabama, Amerika Syarikat, tentang seorang bayi baru lahir yang keluar daripada rahim ibunya sambil memegang alat pencegah kehamilan. Bila tengok gambarnya memang melucukan, muka dan gaya bayi itu nampak seolah-olah dia nak cuba buktikan kepada dunia bahawa tiada apa yang boleh menghalang kewujudannya di alam ini. Mungkin juga dia cuba menyatakan kepada ibunya bahawa dia lebih bijak daripadanya. Foto bayi lelaki yang diberi nama Dexter ini menjadi viral sebaik sahaja ibunya, Lucy Hellein, mengeposkan status bertulis "Mirena Gagal!" dalam akaun Facebook miliknya.

Foto Dexter memegang alat pencegah kehamilan 
milik ibu yang melahirkannya.

Mirena merujuk kepada prosedur mencegah kehamilan wanita menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai IUD dimasukkan ke dalam faraj untuk membebaskan hormon progesterone. Hormon ini akan menghalang proses penghamilan wanita. Jadi bila dah masukkan IUD ke dalam faraj melalui pembedahan implan, seseorang wanita itu tak akan menjadi hamil walaupun dia bersetubuh semula.

Beginilah rupa IUD 

Menurut ramai pakar sakit puan, nisbah ketidakhamilan bagi golongan wanita yang menggunakan IUD ialah 99.9%. Oleh itu rata-rata hampir mustahil bagi seorang ibu melahirkan anak setelah menjalani pembedahan implan IUD. Namun Dexter berjaya menjadi fenomena 0.1% itu dan ini membuatkan dia mendapat gelaran 'Bayi Ajaib' oleh media.

Tetapi benarkah Dexter keluar daripada rahim Lucy dengan IUD dalam genggaman? 

Menurut Lucy, doktor yang merawatnya selama dia mengandung gagal menemui alat IUD yang telah dimasukkan ke dalam faraj Lucy lalu beranggapan bahawa alat tersebut telah terjatuh dalam ruang rahim Lucy. Setelah Dexter dilahirkan melalui kaedah Caesarian, alat tersebut ditemui semula dan para jururawat yang menyambut kelahiran Dexter telah meletakkan IUD milik Lucy ke dalam genggaman Dexter sebagai jenaka sebelum gambarnya diambil. Foto Dexter memegang alat IUD tersebut kini telah mencapai lebih 70,000 perkongsian di Facebook.

Dexter bergaya seperti seorang bintang sejurus 
selepas berita tentang kelahirannya menjadi viral di internet.

Walau apa pun, kelahiran Dexter membuktikan bahawa perancangan Tuhan itu sangat teratur dan apa yang ditakdirkan-Nya pasti berlaku tidak kira seteguh mana perancangan yang telah diambil oleh manusia untuk menghalang sesuatu kejadian.

5 ulasan:

  1. Hehehe comel .. kuasa Allah tiada siapa mampu menghalang..

    BalasPadam
  2. Hihi.. Comel je.. Nanti baby besar, boleh tjuk gambo ni ekekke

    BalasPadam
  3. Betul tu.. kita merancang.. Allah jua yang punya kuasa dan kehendak sepenuhnya..

    BalasPadam
  4. Haha. Lucu lah. Igtkan betul2 dia genggam. 😂

    www.farahsanusi.com

    BalasPadam