Penginapan Di Impiana Hotel Ipoh


Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang terkenal dengan pelbagai budaya dan khazanah yang sangat unik. Lebih-lebih lagi di sebelah Ipoh yang mana memang dah terkenal dengan batu kapurnya dan juga limau bali (antara buah kegemaran Ayuni!). Semasa lalu di lebuhraya Ipoh, anda boleh nampak betapa cantiknya bukit batu kapur di Ipoh. Kalau anda singgah bersama keluarga di Ipoh kelak sempena cuti sekolah ni, bolehlah cuba menginap di Impiana Hotel Ipoh. 

Papan tanda IPOH yang mirip papan tanda Hollywood.

Kalau lalu lebuhraya ni akan nampak bukit batu kapur yang 
menjadi fenomena unik di Ipoh, Perak.

Impiana Hotel Ipoh merupakan sebuah hotel bertaraf empat bintang dan ia terletak betul-betul bersebelahan dengan Jalan Raja Dr. Nazrin Shah. Kalau nak jumpa hotel ini kena cari di mana terletaknya Perpustakaan Awam Perak dan juga Istana Kinta, baru nampak bangunan hotel. Tempat penginapan hotel ini sangat selesa, bersih dan mesra pelanggan dengan layanan staf-staf hotel yang ramah. Apa yang Ayuni rasa menarik tentang Impiana Hotel Ipoh ini ialah konsep gaya kontemporarinya yang sudah pasti menawan hati para pengunjung yang datang ke hotel ini. 

Ruang lobi Impiana Hotel Ipoh.

Walaupun hotel ini bertaraf empat bintang, namun bilik yang ditawarkan agak berbaloi dengan harga untuk penginapan - saiz bilik hotel sederhana saja, tak terlalu besar dan tak terlalu kecil... memang sesuai dengan mereka yang mencari tempat bermalam yang selesa dan ringkas, tanpa banyak cerewet, sepanjang masa berada di bandar Ipoh. Ada tiga jenis bilik yang pengunjung boleh pilih iaitu bilik Deluxe, Premier dan Royal Suite. Untuk yang sering membawa keluarga berjalan, atau mengembara dengan ramai kawan, bolehlah tempah bilik Royal Suite yang lebih selesa dan luas dibandingkan dengan bilik Deluxe.

Bilik Deluxe

Di samping bilik penginapan, hotel ini lengkap dengan kemudahan beriadah untuk tetamu seperti gym, kolam renang, dan juga spa. Bagi Ayuni dah tentu Ayuni akan serbu tempat makan di hotel ini dulu, dan rupa-rupanya banyak juga kawasan dining yang sedap-sedap di sini. Ada empat jenis pilihan tempat makan di sini, seperti The Lobby Lounge, The Bistro, The Coffee House dan The Deli. Dari sarapan pagi sehinggalah ke makan malam, kesemua cuisine yang disediakan memang lazat belaka, jadi jangan ketinggalan untuk mencuba masakan mereka bila singgah di Impiana Hotel Ipoh.

The Coffee House, Impiana Hotel Ipoh.

Masakan chef di sini sedap-sedap tau!

Hotel ini juga ada menyediakan kemudahan untuk disewa bagi yang berminat hendak mengadakan majlis perkahwinan, persidangan, bengkel atau sesi team-building di sini. Untuk mengetahui kadar sewa bagi kemudahan yang dinyatakan, boleh e-mel atau telefon pihak yang bertanggungjawab mengendalikan acara dan majlis di Impiana Hotel Ipoh.

Dewan ballroom yang digunakan untuk sesi conference.

Oh ya, Ayuni nak kongsi tips untuk membuat tempahan hotel dengan semua orang - kalau terasa nak tempah mana-mana hotel macam Impiana Hotel Ipoh ni dengan mudah anda boleh buat tempahan terus melalui Traveloka. Sebabnya Traveloka akan memudahkan kerja anda dengan menyediakan senarai hotel-hotel penginapan yang anda inginkan dengan menawarkan harga yang paling murah... malah lebih murah daripada harga direct booking! Selain itu, dengan Traveloka juga anda boleh buat tempahan untuk tiket penerbangan. Senang kan, dah tak payah nak serabut bagai sebab nak tempah hotel dan tiket penerbangan asing-asing. Jadi kalau nak bawa pasangan dan anak-anak berjalan-jalan di Ipoh sempena cuti sekolah ni, cepat-cepat tempah hotel melalui traveloka.com sekarang untuk mengelakkan masalah tak dapat tempat penginapan yang selesa dan murah.

Mesti ada yang tertanya, apa lagi tempat menarik yang ada di Ipoh ni? Tak jauh dari Impiana Hotel Ipoh ni ada dua tempat yang Ayuni amat rekemen untuk mereka yang ingin menikmati rekreasi bersama orang tersayang:

🌃 Lost World of Tambun

Rasanya ramai yang dah sedia maklum bahawa Lost World of Tambun merupakan syarikat di bawah pengurusan Sunway Lagoon, jadi sudah tentu taman temanya sama seronok seperti di Sunway Lagoon. Kalau anda nak bawa anak-anak ke Lost World of Tambun ni harga tiket agak mahal tetapi ianya sangat berbaloi sebab anda masih dapat menikmati keseronokan bersama keluarga, dan apa yang penting ialah anda dapat mencipta kenangan indah bersama dengan orang yang tersayang. Lost World of Tambun ni berada 9.1 km daripada Impiana Hotel Ipoh dan mengambil masa 19 minit jika menaiki kereta. 

🌃 Funtasy House Trick Art

Pernah dengar tak kewujudan tempat ni? Funtasy House Trick Art ni terletak 3.2 km daripada Impiana Hotel Ipoh dan mengambil masa 9 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Disini terdapat pelbagai jenis hasil seni dan lukisan ilusi optikal 3D. Jadi, bagi anda yang gemarkan kesenian dan lukisan, bolehlah singgah di tempat ini, pasti anda akan puas hati punya.

6 ulasan:

  1. Impiana Hotel Ipoh bertaraf 4bintang.. Huu Perak semakin maju..dulu menyewa kejap kat sitiawan pun, dpt la tgk area2 manjung tu semakin membangun.. eh rasanya betullah apa yg sy komen ni kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak juga kawasan di Perak yang telah dibangunkan sekarang. Dah tak sama macam dulu.

      Padam
    2. eh terkomen kat bhg bawah tu pulak..yaa..tak rugi cuti cuti malaysia kat Perak..lbh berbaloi kalau try menginap kat Impiana Hotel Ipoh

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Tak pernah singgah disini.. Impiana klcc pernah la.. Layanan 5 bintang saya bagi

    BalasPadam
  4. Tak tau pulak kewujudan fantasy house ni. Kene pergi ni..

    BalasPadam

HOME  |  PERTANYAAN   |   PENAFIAN  |   SITEMAP