Doraemon Dan Nobita Pada Usia 30 Tahun Dalam Iklan Toyota


Bayangkan apa yang akan terjadi apabila Nobita dan rakan-rakannya berusia 30 tahun dan masing-masing bersaing mendapatkan kereta yang paling bergaya untuk dipandu... namun Nobita tidak memiliki lesen memandu! Adakah Doraemon akan membantu Nobita sekali lagi seperti di zaman kanak-kanaknya?

Iklan Toyota Reborn ini amat mencuit hati kerana menggunakan watak-watak dari siri terkenal Doraemon untuk memperkenalkan keistimewaan kereta terbaru keluaran Toyota. Tetapi rupa Doraemon dalam iklan ini memang tidak dijangka sekali... tak terbayang bahawa Jean Reno (Godzilla, The Da Vinci Code, Mission: Impossible, The Pink Panther, Ronin) akan melakonkan watak kucing robot biru tersebut secara selamba. 

Terdapat 18 episod iklan ini disiarkan di stesen televisyen Jepun.

4 ulasan:

  1. suka tengok citer doraemon masa kecik-kecik. memang legend ah kartun ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doraemon memang watak yang diminati ramai. Ada saja alat menarik yang diperkenalkan kepada Nobita setiap minggu :)

      Padam
  2. Masa kecik sy tgok Doraemon n Nobita...skrg anak2 sy plak yg layan kartun ni. Hehehe...

    BalasPadam

HOME  |  PERTANYAAN   |   PENAFIAN  |   SITEMAP