Header Ads

Aiskrim Perisa Keju? Magnum Memperkenalkan Perisa Baru Red Velvet


Magnum keluarkan perisa aiskrim baru lagi... dan kali ini muncul pula perisa Red Velvet!

Ayuni memang penggemar tegar aiskrim Magnum dan setiap kali Magnum perkenalkan perisa baru, mesti Ayuni akan pergi mencari. Seperti White Almond, aiskrim Magnum Red Velvet ini dilapisi dengan coklat putih namun isi dalamnya berwarna merah (jika dimakan lagi ke tengah, ada lapisan berwarna putih yang berperisa krim keju). 


Berbanding dengan aiskrim Magnum yang pernah dikeluarkan sebelum ini, Magnum Red Velvet tidak berapa manis dan mempunyai rasa masam krim keju. Rasanya seperti makan kek Red Velvet beku. 

Magnum Red Velvet kini boleh didapati di kebanyakan kiosk runcit dan pasaraya di serata Malaysia pada harga antara RM4.50 hingga RM5.90.

4 ulasan:

  1. kita suka yang black tu..red velvet ni tak rasa lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warna hitam itu pun Ayuni suka, sedap rasa kopi espresso. Yang ini siapa minat rasa keju bolehlah masuk tekak, hihi...

      Padam
  2. Nak try nanti...mcm best je

    Heheee.

    BalasPadam
  3. Tak boleh jadi ni...memang kena juga cik akak beli..terliur lak cik akak

    BalasPadam