PROMOTED POSTS

Tukar Kereta Secara Online Dengan TOOKAR Dapat Ang Pow RM1000 Sekali Wooo…

Sekarang dah tahun baru ni mesti ramai nak tukar kepada benda-benda baru… contohnya azam baru, telefon bimbit baru, beg baru, kamera baru, baju baru, kasut baru, perabot baru, kereta baru, teman lelaki baru… ehem.

Nak dapatkan benda baru dah mudah sebab segalanya terletak di hujung jari sahaja. Cakap saja nak apa, semuanya boleh dicari melalui online. Nak tukar apa… baju, lampu, komputer, kereta? Klik saja.


Kebetulan pula Ayuni sedang mencari kereta baru, jadi teringat tentang website TOOKAR. Website ini menarik sebab kereta boleh dibeli dan dijual secara online. Ada kawan Ayuni bertanya, “Kereta pun boleh tukar secara online ke?”

Kenapa, tak percaya ke? Memang boleh, sebab TOOKAR boleh buat semua tu! Ini mesti kes tak baca tentang TOOKAR dalam suratkhabar. TOOKAR ialah platform jual beli kereta secara online yang baru dilancarkan di Malaysia sejak Ogos 2016. Ramai juga pelanggan berpuas hati dengan khidmat TOOKAR ni...


Senang tau beli kereta melalui servis TOOKAR ni sebab pelanggan tak perlu berurusan dengan orang tengah dan boleh terus buat perjanjian dengan penjual yang sah secara terus atas talian – pembayaran deposit dan penghantaran VSO (Vehicle Sales Order) pun boleh dibuat secara online! Lepas tu pelanggan tak payah susah-susah nak keluar pergi ke kedai cari kereta… towkey kedai sendiri pergi hantar kereta yang kita hendak ke depan rumah kita. Nak uji pandu keliling taman perumahan sepuas-puasnya pun boleh, tak ada masalah. 


Jadi sambil tengah goyang-goyang kaki tunggu kereta sampai depan pintu pagar rumah, bolehlah buat-buat berlagak dengan jiran sebelah sampai dia jadi gila lalu menghadap komputer siang malam nak beli kereta Lamborghini melalui TOOKAR juga. 

Biarkan dia meroyan cari Lamborghini... kita jangan bagitahu makcik tu kod diskaun rahsia kita ni, hehehe:  KOD PROMO : SL1E8PC2 


Sempena Tahun Baru Cina ni TOOKAR menawarkan menerima angpau RM1000 apabila membuat pembelian kereta dengan mereka. Promosi ini sah sehingga Februari 2017. Jom singgah website TOOKAR (www.tookar.my) sekarang!

Tentang YunFila

Menulis sekadar hobi. Peminat genre steampunk dan gemar melayari video di YouTube.

1 Komen:

Hasrul Hassan said...

Uhh ramainya dok cerita pasal Tookar ni ehhh .. in Sha Allah makin ramai yang akan tahu.

Leh jadi tempat shopping kereta online di malaysia ni .. huhuhu...

Jom Baca dan Komen - Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

ENTRI TERBARU

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.