Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

LIFESTYLE

Shawl Bubble Bergabung Dengan Corak Pucci?


Shawl Bubble Bergabung Dengan Corak Pucci? | Inovasi rekabentuk tudung semestinya tiada penamatan, ada saja fesyen baru yang akan dikeluarkan. Tengah ramai peminat fesyen Muslimah meriah dengan bawal Pucci, kini muncul pula shawl bubble yang bercorak Pucci! 


Asalnya fesyen corak Pucci direka oleh Emilio Pucci, seorang pereka fesyen dan ahli politik dari keturunan bangsawan ternama di Itali. Syarikat rekaan Pucci menjadi terkenal dengan coraknya yang terang dan ceria bagai kaleidoskop, yang kemudiannya menjadi kegilaan ramai peminat fesyen di Amerika Syarikat di era 1960-an. Rekaan dalam gambar di atas merupakan salah satu hasil ilham Pucci untuk pakaian pramugari Braniff Airways... nampak macam tudung dalam bola, kan? Percaya tak bahawa 'bola' plastik yang melindungi tudung itu memang dinamakan Bola oleh Pucci? Legasi fesyen mediang Pucci kini diteruskan oleh anak perempuannya, Laudomia Pucci.


Bagi Ayuni, gabungan kain shawl bubble yang mudah dipakai kerana tidak licin dan tidak perlu digosok bersama corak Pucci yang lawa dan ceria ini sememangnya satu gabungan yang hebat. Boleh nampak bergaya tanpa risau kain tudung tertarik-tarik ke bawah lagi.


Bestnya pakai shawl bubble Pucci ni... Ayuni pun dah sambar satu berwarna pink, nak pakai keluar pergi jalan-jalan nanti. Ada sesiapa nak hadiahkan orang tersayang shawl bubble Pucci tak?

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

  1. cantik jugak tu...lagi satu taklah lembut sangat kain dia..senang nak bentuk jugak kan

    BalasPadam
  2. bestnya Pucci dengan bubble.. tak kedut dan tal payah iron dah.. hehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.