Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PELIK

Ini Beg Atau Senjata???

Ini Beg Atau Senjata??? | Semalam semasa Ayuni tengah membelek-belek katalog beg dalam Zalora, Ayuni terjumpa gambar beg Global Clutch dari Something Borrowed ini yang memiliki rupabentuk menarik. 


Beg tangan ini nampak unik kerana ia berbentuk sfera dan mengingatkan Ayuni kepada senjata yang digunakan oleh gladiator di Rom pada zaman dahulu.

Gambar beg Global Clutch (close-up)

Senjata gladiator yang dikenali sebagai 'flail' atau 'mace'. 
Sama tak, sama tak?

Tambah kayu pemegang dan duri dah boleh buat senjata hardcore seperti ini...

Bila Ayuni kongsi gambar beg Global Clutch dengan rakan-rakan di Facebook, ramai yang kata ia mengingatkan mereka kepada bom. Bila tengok balik memang ada rupa bom juga...

Ke-ba-booooom!!!

Ini membuat Ayuni terfikir sama ada beg tangan ini boleh melepasi kawalan sekuriti di lapangan terbang. Jika ada sesiapa yang pernah membeli beg ini dan berjaya merentasi kawalan keselamatan awam, sila kongsi pengalaman gaya anda bersama Ayuni di sini. 

Bagi yang berani berfesyen dan sukakan gaya luar dari kebiasaan, beg ini amat sesuai untuk anda. Beg tangan Global Clutch dijual oleh Something Borrowed dan boleh dibeli melalui Zalora pada harga RM109.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

C i k R e n e x berkata...

Unik beg dia. ๐Ÿ˜Š

sakura 8554 berkata...

tapi tetap comel sebab kecik..

http://caramelmacchiyato.blogspot.my

Dikuasakan oleh Blogger.