Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

BERITA

Hilangnya Bintang Seni Tanahair, Takziah Kepada Keluarga SM Salim


Hilangnya seorang lagi bintang seni tanahair dengan pemergian Tan Sri SM Salim yang baru menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ukay Perdana kerana sakit tua, pada jam 5.44 petang semalam. Beliau meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Legenda muzik Melayu itu terkenal dengan lagu Apa Dah Jadi, Dulu Lain Sekarang Lain, Pantun Budi. Zaman dan sebagainya yang membawa dendangan irama Melayu klasik. Beliau juga pernah berduet dengan artis-artis lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Zainal Abidin, Datuk Ramli Sarip, Datuk Sheila Majid dan Datuk Jamal Abdillah. Lagu-lagu SM Salim 'melekat' di hati para peminatnya kerana keunikan lirik-liriknya yang bukan sahaja indah dan tinggi seni bahasanya, tetapi juga sarat dengan unsur jenaka dan nasihat.

SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada 1950-an dan merupakan pendukung gigih lagu Melayu klasik. Menurut anak allahyarham, Sheikh Shamsul, beliau meninggalkan amanat supaya lagu-lagu nyanyiannya tidak disiarkan sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas beliau meninggal dunia.

Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham SM Salim di atas pemergiannya.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.