Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PELIK

Buntat Jadi Batu?

Buntat Jadi Batu? | Kecoh dalam Facebook dan Twitter selama beberapa hari ini apabila ramai orang bertanya siapa Buntat dan bagaimana Buntat meninggal dunia dalam siri drama Melayu 7 Hari Mencintaiku. Hai, Buntat... Buntat... Ayuni yang tak pernah tengok drama 7 Hari Mencintaiku pun terambil tahu juga siapa Buntat ni.


Bagaimana buntat tiba-tiba jadi batu? Sebenarnya apa yang Ayuni nak ceritakan hari ini ialah bukan si Buntat watak dalam drama tersebut, tetapi buntat isi kelapa yang putih dan bulat itu. Kebetulan pula namanya sama. Rupa buntat kelapa tu macam dalam gambar di bawah:


Di sesetengah kawasan, buntat kelapa yang menjadi batu ini juga dipanggil batu mustika kelapa. Para peminat batu akek dan barangan mistik sangat mengenali ciri-ciri batu ini dan khasiatnya yang dikatakan mampu meneutralkan toksin dalam makanan dan, jika diletakkan dalam makanan akan mengelakkannya daripada menjadi basi. Biasanya batu ini berbentuk seperti buntat isi kelapa (tombong/todi yang selalu ditemui dalam buah kelapa tua). Saiznya lebih kurang sebesar duit syiling 20 sen.


Ayuni pertama kali dapat tahu tentang batu buntat kelapa ini apabila terlihat sebentuk cincin berbatu akek putih yang disarung oleh rakan lelaki Ayuni. Dia menceritakan bahawa ada buntat kelapa yang menjadi batu hasil dari proses pemfosilan dan ada yang daripada hasil kuasa mistik. Tak pasti sama ada kenyataannya yang terakhir itu dapat disahihkan.


Benarkah batu buntat kelapa ini boleh wujud melalui kuasa mistik atau adakah ia cuma omong-omong oleh peniaga batu akek untuk mengaut untung? Betulkah batu ini sering digunakan oleh pengusaha makanan untuk membuat makanan mereka tahan daripada menjadi basi? Apakah penjelasan saintifik di sebalik kaedah tersebut? Siapa pernah pakai atau guna batu buntat kelapa ini?

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

  1. KALAU KAT SINI PGL TOMBONG.. HIHIHIHI.. BRU TAHU BUNTAT TU TOMBONG

    BalasPadam
  2. setiap yg berlaku semuanya dtg dr Allah
    tiada manusia jin dan syaitan mampu menandingi kuasa Allah.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.