TIPS & RAHSIA

Cara Mengenalpasti Madu Tulen Atau Palsu


Cara Mengenalpasti Madu Tulen Atau Palsu | Seringkali kita nampak botol atau balang madu yang dijual di pasaraya mengandungi cecair berwarna kuning keemasan yang didakwa adalah madu asli seperti yang tertera pada label botol atau balang tersebut. Namun pengguna perlu berhati-hati kerana kebanyakan produk yang dijual berupa 'madu' itu bukanlah madu asli yang dihasilkan oleh lebah, tetapi sirap sintetik buatan manusia yang telah dicampur dengan perisa seolah-olah rasa madu sebenar! 

Ada juga sirap sintetik yang diperbuat daripada madu asli asalnya, tetapi telah dicampur-aduk dengan bahan lain untuk tujuan komersil. Madu yang diproses secara komersil pula kebiasaannya hilang kandungan nutrien asal yang diperoleh daripada debunga akibat dipanaskan pada suhu yang tinggi. Madu komersil ditambah dengan air, gula dan sirap glukosa untuk menjadikan teksturnya pekat dan mudah dipasarkan. Sesetengah negara seperti Amerika Syarikat telah melabelkan produk madu komersil yang ditapis debunga sepenuhnya sebagai bukan madu, tetapi sirap.

Keaslian madu yang dibeli boleh dikenalpasti dengan mudah di rumah melalui 3 kaedah di bawah:

Ujian air

  • Masukkan satu sudu besar madu ke dalam segelas air kosong.
  • Jika madu kelihatan larut dan air menjadi keruh, madu tersebut adalah palsu.
  • Jika madu terletak elok ke dasar gelas dan tidak larut dalam air, maka ia adalah madu asli.

Ujian api

  • Celup kepala mancis ke dalam sedikit madu.
  • Nyalakan mancis yang telah dicelup.
  • Jika api mancis menyala, maka ia adalah madu tulen.
  • Jika kepala mancis tetap lembab dan tidak menyala, maka itu adalah madu palsu.

Ujian kertas

  • Titikkan sedikit madu ke atas tisu kertas.
  • Jika terdapat tanda titik menjadi lembab dan mengembang, itu adalah madu palsu.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

Lea Azleeya berkata...

Susah sgt nak cam yg asli skrg sebab yang palsu dah macam yg asli..

Cahaya Semulajadiku berkata...

wah nice info..nanti nk try la buat kat madu yg ada kt rumah ni..kalo ayuni nk tau,mak sy sgt bergantung dgn pengambilan madu,penah sekali tu tertipu makan madu xasli dan hasilnya mak sy tetap rasa x sesegar lps mkn madu asli..taktau la itu mind set mak sy atau betul..huhu

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.