TRAVEL

Travel To Sarawak: Dah Rasa Scallop Bakar di My Village Barok?


Travel To Sarawak: Dah Rasa Scallop Bakar di My Village Barok? | Scallop tu apa? Kalau nak tahu, scallop ni sejenis makanan laut yang juga dikenali sebagai kapis dalam Bahasa Melayu. Isinya mirip kupang dan kerang, dan rasanya amat lazat.


Baru-baru ini Ayuni berpeluang merasa scallop bakar yang merupakan menu istimewa restoran My Village Barok terletak di Kg. Boyan, Kuching, Sarawak. Selain daripada scallop bakar, restoran ini turut menghidangkan kupang bakar, ayam penyet, laksa Sarawak, ayam buluh (manok pansoh) dan pelbagai jenis masakan tempatan lain.


My Village Barok ialah premis makanan yang patut dikunjungi sekiranya anda berada di kawasan sekitar Waterfront Kuching. Restoran dua tingkat yang dibangunkan sejak tahun 2004 ini dikelilingi rumah-rumah Melayu dicat warna-warni, dan jika anda naik ke beranda di tingkat atas anda dapat melihat pemandangan sungai di tengah-tengah bandar Kuching.


Paling menarik tentang restoran ini ialah ia mengekalkan ciri-ciri senibina tradisional dengan rekabentuk dinding yang diperbuat daripada kayu berukir motif seni tempatan, dan dihiasi dengan kain rentang bercorak pua kumbu, tanglung merah Cina, dan perabot diperbuat daripada kayu hutan.

Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 4:30 petang hingga 11:30 malam. Jika anda datang ke Kuching, jangan lupa singgah di My Village Barok yang beralamat di:

No  7, Jalan Brooke, 
Kampung Boyan, 
93050 Kuching, Sarawak
(No. tel: 016-870 7021)

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

5 Komen:

Siti Rohaida Yusof berkata...

wah..bestnya..bila gamaknya nak sampai ke sini..

Nadia Johari berkata...

Wah macam2 scallop ade erk

Cahaya Semulajadiku berkata...

alamak jauhnya..macam nak kena tunggu menikah dgn org sana baru terialisasi impian..huhu tapi makanan2 sarawak mmg best,sama mcm kuih batik sarawak

Lea Azleeya berkata...

Nampak pelik tapi menarik.. Mesti sedapkan...

Kak Long berkata...

Klasiknya reka bentuk restoran ni.. :)

Dikuasakan oleh Blogger.