TRAVEL

Travel To Sarawak: Susah Nak Jumpa Benda-Benda Ini Di Pasar Kita!

Travel To Sarawak: Susah Nak Jumpa Benda-Benda Ini Di Pasar Kita! | Minggu lepas Ayuni sempat menjejak kaki di kawasan pasar Satok dan pekan kecil Serian, Sarawak di mana Ayuni terjumpa sebuah pasar yang menjual berbagai-bagai hasil tangkapan dan tanaman, serta kuih-muih, yang jarang ditemui di Semenanjung Malaysia. Antara yang paling menarik perhatian Ayuni ialah jualan barang-barang berikut:


ULAR SAWA: Sekilo harganya RM12. Ular sawa ini telah siap disiang dan dipotong kepada beberapa bahagian oleh penjualnya, seorang anak muda Bidayuh yang sentiasa ketawa mesra sambil melayan (serta menyergah) pelanggan. "Ini Melayu Muslim boleh makan juga," pujuknya ketika dia cuba menjual isi ular tersebut kepada Ayuni.


ULAT SAGU: Satu pinggan harganya RM10. Merupakan makanan terkenal masyarakat Melanau. Adakalanya dikenali sebagai ulat mulong atau vutod oleh orang tempatan. Badan ulat ini yang mirip alat muzik akordion nampak lembut dan gebu. Ulat sagu dikatakan mempunyai rasa seperti udang tetapi lebih lemak berkrim. Salah seorang anak murid Ayuni yang berasal dari Sarawak bercerita bahawa ulat sagu sedap dimasak sebagai lauk lemak cili api.


KULAT SAWIT: Satu pinggan harganya RM5. Cendawan lebar yang berbentuk seperti payung ini ditemui pada batang pokok kelapa sawit. Cendawan ini mengingatkan Ayuni kepada sebuah kedai farmasi di Amerika Syarikat yang menjual cendawan kering berbentuk payung dan disaluti coklat (dipercayai boleh memberi kesan halusinasi kepada pemakannya).


MIDIN: Satu ikat harganya antara RM1-RM2. Kebiasaannya dimasak bersama sambal belacan Bintulu. Rupa midin mirip pucuk labu, tetapi hujung daunnya kurang berpusar. Midin akan berasa sedap dan lembut jika kena pada tangan yang pandai memasaknya. Ayuni gagal di bahagian ini.


TELUR IKAN TERUBUK MASIN: Ini banyak ditemui di pasar Satok. Entah kenapa mahal sangat telur ikan terubuk masin di sini - satu bekas seberat 100g mencecah harga RM50-RM80! Apakah khasiatnya?

Memandangkan Ayuni tidak dapat meluangkan banyak masa di Sarawak, ada banyak lagi tempat menarik yang tidak sempat dikunjungi. Insha Allah, ada rezeki nanti Ayuni melawat Sarawak lagi. Nampak gaya Malindo Air akan menjadi pilihan Ayuni ke sana kerana servisnya yang baik dan kemudahan perjalanan yang selesa.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

4 Komen:

nurul fatin adiana berkata...

seramnya tgk ular sawa tuuuu.heee

Cahaya Semulajadiku berkata...

wow ular sawa..teringin nak tau diorang buat masak apa nanti?.. kalau buat lauk ular sawa masak cili api macam tak kena pulak..haha

this ni3za berkata...

Wow...Badan ular sawa tu...huhu

Warisan Petani berkata...

Ular sawa, ulat sagu biasa dijual di sana.
Bagi kita kira luar biasa.

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.