Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

FREEBIES

Jom Dapatkan Kad Nama Percuma Dari Pixajoy!

Jom Dapatkan Kad Nama Percuma Dari Pixajoy! | Hari ini Ayuni nak kenalkan satu servis percetakan online yang pantas dan memuaskan hati iaitu Pixajoy. Tengok kad nama blogger Ayuni yang baru sampai di pejabat tadi... comel kan? Sampai lip balm gadis kimono juga cemburu melihat kecomelan kad nama Ayuni.


Selain cantik, siap cepat dan pantas dihantar kad nama ini boleh diperoleh secara percuma tau! Ya, percuma sahaja, macam tak percaya, kan? Pixajoy menawarkan servis mencetak kad nama percuma sebagai promosi terbaru servis mereka di samping cetakan produk lain-lain yang disediakan. Antara servis cetakan paling popular Pixajoy ialah Photobook yang makin mendapat sambutan ramai pengguna laman sosial, terutama sekali mereka yang gemar bergambar dan ingin menyimpan koleksi gambar-gambar yang diambil sebagai kenangan. 


Apa yang menarik tentang servis cetakan kad nama percuma Pixajoy ini ialah anda boleh memilih daripada 3 jenis kertas yang siap dengan laminasi. Saiz kad ialah 54mm x 89mm dan boleh dicetak dalam bentuk landskap atau portret. Untuk sesiapa yang berminat nak cuba dapatkan kad nama percuma dari Pixajoy sempena promosi ini, bolehlah singgah di www.pixajoy.com.my dan buat tempahan sekarang. Sebanyak 100 keping kad nama percuma akan dicetak dan dihantar. Tetapi nak pesan nanti kenalah tolong bayarkan harga postage RM8 (Semenanjung Malaysia) / RM12 (Sabah dan Sarawak). Hanya 50 set pertama sahaja akan diberi percuma dalam satu hari.



Untuk pertanyaan lanjut tentang Pixajoy, hubungi:

Telefon: (604)-4426650
E-mail: hello@pixajoy.com.my
Waktu operasi: Isnin - Jumaat (8.30 a.m - 5.30 p.m)
Instagram: @Pixajoy

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

7 Komen:

Cahaya Semulajadiku berkata...

Wahh first time nampak entri blogger comel dan santai '59 seconds ago'..haha..
Sampai bila promosi Pixajoy ni?

Siti Rohaida Yusof berkata...

wah...bestnya dapat kaad free..nak jugakla

Ayuni Rafilah berkata...

Jom, jom! Singgah www.pixajoy.com.my untuk dapatkan kad free ;)

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata...

WAH...COMEL

Ayuni Rafilah berkata...

Tak pasti sampai bila... tapi buat masa ini setiap hari dia bagi ruang untuk 50 tempahan.

BudakVanilla berkata...

dah apply untuk kad free nie. tapi taktau pulak nak design macam mana. hahhaha :D

Kak Long berkata...

Comelnya design kad Ayuni.. :D

Dikuasakan oleh Blogger.