INFO

Sistem Tol RFID Bakal Dilancarkan Di Malaysia


Tidak lama lagi Malaysia bakal menerapkan sistem pembayaran tol menggunakan pengesanan frekuensi radio (RFID) bermula tahun 2016 bagi menggantikan sistem SmarTAG yang ada kini. Melalui sistem RFID, pengguna jalan raya tidak lagi perlu menyediakan wang atau kad sentuh untuk membayar tol sebaliknya bil penggunaan tol akan dihantar terus ke alamat rumah pemandu. Kiraan bil berdasarkan tag RFID atau alat transponder berdaftar yang dilekatkan pada atas plet atau stiker kenderaan.

Sejarah Penggunaan RFID

Penggunaan RFID telah dikenalpasti sejak tahun 1940-an, namun baru sekarang ia mencapai perkembangan yang pesat menjadi teknologi murah dan efektif untuk digunakan dalam berbagai bidang. RFID pertama kali diperkenalkan sebagai alat ejen perisikan Rusia oleh Leon Theremin sekitar tahun 1945. 

RFID atau Radio Frequency Identification, adalah sebuah sistem identifikasi melalui frekuensi radio dengan melibatkan perangkat keras yang dikenal sebagai interogator atau pembaca dan tag, serta perangkat lunak atau RFID middleware RFID. Sebagai kaedah pengidentifikasian objek maka RFID dapat digunakan untuk menyimpan atau menerima data secara jarak jauh dengan menggunakan peranti RFID tag atau transponder. Ia merupakan salah satu teknologi sistem pengindentifikasian objek secara automatik (Auto ID) sama seperti sistem kod jalur Optical character Recognition (OCR), biometrik, dan Smartcard. Berbagai kaedah pengesanan tersebut telah banyak membantu dalam berbagai bidang merangkumi pentadbiran dan pertahanan, penerbangan, hospital dan klinik, institusi pendidikan, pergudangan, perpustakaan, dan banyak lagi. 

Perkembangan Terkini Pembangunan Sistem RFID di Malaysia


Menurut sumber dari syarikat RTS Technology Sdn Bhd yang merupakan antara pihak disenaraikan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk memajukan projek RFID ini, kawasan lebuhraya yang menjadi sasaran ialah Lebuhraya Besraya, AKLEH, Lebuhraya Ekspress Cheras-Kajang, Lebuhraya Pantai Baru, Guthrie Corridor Expressway, Butterworth Outer Ring Road and Lebuhraya Kajang-Seremban.

Keputusan Malaysia untuk mengaplikasikan sistem RFID dalam negara dibuat berikutan kejayaan negara-negara jiran termasuk Filipina dan Indonesia menggunakan sistem tersebut. Projek RFID adalah hasil kerjasama syarikat Quatriz System Sdn Bhd, Touch & Go dan Mitsubishi Heavy Industries.

Bagaimana Sistem RFID Berfungsi [IMEJ]

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

Kak Long said...

Sticker je ke..
Woo.. canggihnya.. Nak sabar nak try..

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.