SPONSORED POST

Rahsia HARUM MALAM Untuk Wanita: Bagaimana Nak Atasi Bau Badan Secara Alami?


Rahsia HARUM MALAM Untuk Wanita: Bagaimana Nak Atasi Bau Badan Secara Alami? | Setiap wanita tak kira anak dara sehingga wanita yang dah berusia lanjut pun pasti menekankan kepentingan menjaga bau badan agar sentiasa harum dan wangi, lebih-lebih lagi apabila sedang bergaul dengan orang ramai. Malangnya dengan keadaan cuaca yang panas negara kita ini, memang payahlah wanita nak elakkan diri daripada berpeluh dan sudah tentunya bau yang kurang disenangi akan mula timbul jika tak sempat nak pergi ke bilik air untuk mandi membersihkan diri.

Biasanya bau badan yang kurang enak berpunca daripada sisa metabolisme kelenjar apokrin dan ekrin yang terdapat pada permukaan kulit serta kawasan bawah ketiak, kemaluan sulit, bawag payudara dan anus. Bau tubuh badan boleh menjadi terlampau kuat sekiranya seseorang mengamalkan pengambilan alkohol, rokok, bawang putih, kopi, dan daging yang tidak terkawal. Di samping itu, bau badan yang tidak sedap juga boleh disebabkan oleh perubahan hormon yang tidak stabil, ketidakseimbangan diet pemakanan serta kurang penjagaan kebersihan diri.


Ayuni mengakui pernah juga mengalami masalah bau badan ketika remaja akibat pusingan hormon yang tidak teratur, dan kerap mandi selang 3 kali sehari selain membeli banyak deodoran dan minyak wangi untuk mengatasi masalah tersebut. Pada masa itu Ayuni tidak tahu langsung bahawa masalah bau badan boleh diatasi secara dalaman kerana tidak pernah didedahkan dengan pengetahuan sebegitu. Apabila dah dewasa baru terdengar tentang jus HARUM MALAM yang dikatakan boleh menyelesaikan masalah bau badan secara alami, jadi Ayuni pun cuba minum untuk diri sendiri. 

Alhamdulillah... baru ambil seminggu kesan dia dah nampak dengan cepat - bau badan berkurangan walaupun berpeluh semasa keluar sepanjang hari. Selain daripada itu, sejak Ayuni mula ambil jus HARUM MALAM kitaran haid mula mengikut aturan dan tiada senggugut lagi, kulit nampak semakin berseri dan yang paling mengkagumkan berat badan makin turun sebab bila hormon seimbang nafsu makan jadi terkawal. Ramai kawan yang nampak rupa Ayuni sekarang macam tak percaya yang Ayuni dah turun berat badan dengan cepat dalam masa singkat. Semenjak hari itu, Ayuni mengamalkan pengambilan jus HARUM MALAM untuk mengekalkan kesihatan dalaman di samping mengawal bau badan.

Masuk ini dah 2 kali kedua Ayuni minum jus HARUM MALAM sebab produk dia memang amat bagus. Rasa dia pun sedap, macam kordial strawberi. Ramai juga pengguna lain yang dah cuba dan beri testimoni yang memberangsangkan. Lagipun produk ini mendapat kelulusan KKM jadi memang boleh dibeli tanpa rasa ragu-ragu. Nak tahu sama ada produk jus HARUM MALAM itu asli atau tiruan, cek jika terdapat label hologram pada botol yang dibeli. Ada 3 cara untuk mengesahkan keaslian produk HARUM MALAM yang dibeli:

1. Pengesahan visual: lihat ciri-ciri pada label seperti jalur hologram, logo, dan kod QR.
2. Imbas kod QR pada label tersebut melalui aplikasi WeChat.
3. Pengimbasan melalui cahaya: Huruf 'S' akan bertukar saiz apabila diletakkan di bawah cahaya lampu


Kenapa jus HARUM MALAM ini popular sangat? Sebenarnya keberkesanan jus HARUM MALAM ini membuatnya jadi salah satu supplemen yang baik bagi wanita tempatan kerana kelebihannya yang mampu merawat dalaman wanita secara alami dengan ramuan tradisional dan tidak berbahaya seperti ekstrak bunga ros, buah tin, kismis, madu, goji, limau purut, kayu serapat, ekstrak sirih, strawberi, buah delima, manjakanim pueraria lobata (kudzu, sejenis herba tradisional dari China) dan pueraria mirifica ("white kwaaw krau", herba yang berasal dari Thailand).


Antara khasiat lain jus HARUM MALAM ini di samping mengatasi masalah bau badan ialah membasmi masalah keputihan, gatal-gatal pada kemaluan, mengetatkan faraj, menghilangkan hanyir haid, mengawal masalah kerap kencing dan membina kesuburan rahim (sesuai untuk mereka yang ingin hamil).


Namun harus diingatkan bahawa jus HARUM MALAM ini tidak sesuai diambil oleh kaum lelaki dan ibu sedang mengandung. Wanita yang sedang mengandung dinasihatkan supaya tidak minum jus HARUM MALAM ini kerana takut ia akan mengetatkan rahim, nanti susah pula nak bersalin. Lepas bersalin baru boleh ambil. Jika lelaki yang minum jus HARUM MALAM ini, kesannya... nauzubillah min malik.

Berminat untuk mencuba jus HARUM MALAM? Boleh hubungi pengedar terbesar produk tersebut di alamat dan link berikut:

JUS HARUM MALAM
RM 33 (SM) / RM 39 (SS)

Syarikat: Millennial Gen Sdn Bhd

Alamat: 11G, Jalan Keluli AL7/AL, Pusat Perniagaan Bukit Raja,
Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor

HP: 010 404 2769
Office: 03 3358 5344


   (Kelab Ibu Cantik - Millennial Gen)

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.