PERSONAL

Menang Contest Serum Mawar Zeeta By Boni Kacak!


Menang Contest Serum Mawar Zeeta By Boni Kacak! | Hari ini Ayuni hendak berkongsi cerita bagaimana Ayuni dapat serum mawar Zeeta ini. Bulan lepas blogger Boni Kacak telah menganjurkan satu contest dalam Facebook di mana peserta yang bertuah akan menerima hadiah serum mawar Zeeta. Terima kasih banyak-banyak Encik Boni Kacak. Tak sangka Ayuni ialah salah seorang pemenangnya... dapat dua botol serum mawar Zeeta pula tu!


Apa kelebihan serum mawar Zeeta ini? Serum mawar ni merupakan produk tempatan yang dihasilkan dengan menggunakan bunga mawar dan berfungsi untuk:

  • Melembabkan kulit wajah
  • Menganjalkan kulit wajah
  • Menggebukan kulit wajah
  • Menghilangkan garis halus pada kulit wajah
  • Mengecilkan liang-liang pori kulit wajah
  • Anti-penuaan kulit wajah
  • Mengatasi masalah kulit berminyak
  • Menghalang 
  • Terapi minda
  • Anti-stres
  • Mengurangkan resdung

Ayuni suka guna serum mawar Zeeta ini sebagai toner untuk melembabkan dan menganjalkan kulit muka terutama sekali selepas mencuci muka di waktu pagi. Selain daipada menyegarkan wajah, serum mawar ini juga berfungsi sebagai makeup fixer - sembur sekali selepas pakai mekap, ia akan tahan lama. Memang berkesan. Bila sembur hari-hari muka makin lama makin nampak glowing berseri.

Serum ini sangat bagus didinginkan dalam peti sejuk dan dipakai sebagai face mist semasa cuaca panas... memang sangat menyegarkan! Kalau rasa mengantuk tu bolehlah keluarkan daripada peti sejuk dan sembur saja pada wajah, tidak perlu minum kopi untuk tahan mengantuk. Bukan sahaja perempuan boleh pakai, malah lelaki turut boleh guna serum ini untuk menjaga kulit.

Jika berminat hendak cuba keistimewaan serum mawar aura magis Zeeta dan jadikan kulit wajah gebu, segar dan anjal, sila hibungi Boni Kacak merangkap Jurujual Serum Mawar Zeeta Yang Kacak dan Budiman di talian ini : 011-39997794

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.