INFO

Kentang Laut, Hidupan Marin Comel Yang Berbulu



Kentang Laut, Hidupan Marin Comel Yang Berbulu | Pasti ramai yang tak tahu tentang kewujudan kentang laut dalam dunia ini, kan? Kentang laut, atau nama saintifiknya Echinocardium cordatum merupakan sejenis landak laut yang tergolong dalam spesis Loveniidae kerana bentuknya yang seiras hati (love). 

Rangka kentang laut yang sudah mati dan kering. 
Tanpa bulu, ia kelihatan seperti sebentuk hati.

Kentang laut dinamakan sempena rupanya yang mirip kentang apabila kering. Ia biasanya ditemui di kawasan perairan bersuhu sederhana seperti di Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Teluk California dan kepulauan Britain. Hidupan aneh ini boleh membesar dalam kadar panjang 3-9 sentimeter. Kebanyakan spesis landak laut hidup di atas tanah keras dan berbatu, tetapi kentang laut lebih gemar hidup di kawasan tanah berlumpur. Bulu-bulu yang terdapat pada badan kentang laut sebenarnya merupakan duri halus dan lembut yang melindungi dirinya. 

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

Amanda Suria said...

First time tau dan first time tgok..ada bulu nampak comel..takdr bulu mcm pelik

Cahaya Semulajadiku said...

Nice info..first time dengar..selalu tengok nat geo wild pun xpenah jumpa 'makanan' ni..huhu

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.