REVIEW

Betul Ke Lipstik APRILSKIN Fixing Tint Tak Akan Melekat Pada Cawan?


Betul Ke Lipstik APRILSKIN Fixing Tint Tak Akan Melekat Pada Cawan? | Siapa yang pernah tengok iklan promosi produk APRILSKIN Fixing Lip Tint yang terbaru dari Korea dalam Youtube pasti rasa kagum melihat hasil pemakaian lipstik itu yang tidak meninggalkan sebarang kesan pada bibir cawan dan kertas tisu oleh model Korea jelita dalam iklan tersebut.

Untuk sesiapa yang belum pernah tengok iklan tersebut ini video yang Ayuni nyatakan itu:


Tetapi betulkah APRILSKIN Fixing Lip Tint tidak mudah tertanggal dan pudar selepas dipakai lama? Adakah semua itu sekadar gimik? Oleh kerana didorong rasa ingin tahu yang meluap-luap, Ayuni telah mencuba sendiri lipstik APRILSKIN Fixing Lip Tint yang diterbangkan khas dari Korea Selatan untuk mencabar kehebatan produk APRILSKIN ini!


Ayuni buat pesanan melalui laman web Korea www.stylekorean.com. Lipstik APRILSKIN Fixing Tint ini dihantar bersama kotak berwarna merah jambu yang lembut dan berkilat. Malangnya Ayuni tidak reti membaca tulisan bahasa Korea yang tertera di atas kotak bungkusannya. Jadi terpaksa Ayuni cari info dari laman rasmi APRILSKIN untuk mengetahui kandungan dalam pembuatan lipstik ini dan ini hasil carian Ayuni:


Apa yang Ayuni tahu berat satu unit lipstik ini ialah 4.5 gm dan ia dijual dalam 3 jenis warna iaitu Bloody Mary, Tomato Lady, dan Peach Crush. 


Untuk cabaran merangkap review lipstik kali ini, Ayuni memilih warna Bloody Mary untuk dikenakan pada bibir sendiri. 

 
Warna merah Mary Berdarah. Ganasnya nama. Macam nama minuman keras.

Jom mulakan cabaran!

Agak mudah untuk menyapu warna lipstik ini pada bibir dengan berus yang disediakan tetapi Ayuni sebenarnya kurang selesa menggunakan lipstik jenis ini kerana mempunyai bibir yang sensitif dan cepat rasa geli bila terkena berus lipstik. Lagi satu tentang lipstik APRILSKIN Fixing Tint ini ialah pemakai perlu berhati-hati sapu ikut garisan bibir kerana bentuk berusnya amat rata dan tidak tirus, jadi kalau tercomot memang susah nak hilang. Sebab itu lipliner amat penting... walaupun Ayuni sendiri tidak pernah memakai lipliner.


Warna lipstik ini pada mulanya tak nampak terang sehingga diratakan sepenuhnya di atas bibir. Pigmen warnanya agak kuat dan teksturnya cepat kering menjadi 'matte' berbanding lipstik lain...

Siap... oh, cantiknya warna ini! Sama warna dengan topi Ayuni!

Tiba masanya untuk menjalankan ujian terhadap kekebalan lipstik APRILSKIN Fixing Tint! Adakah produk kecantikan Korea benar-benar hebat seperti yang diwar-warkan selama ini? Mari kita tengok sama-sama!

UJIAN PERTAMA: TISU

LULUS 100%

UJIAN KEDUA: CAWAN

LULUS 100%

Beberapa minit selepas itu Ayuni memesan hidangan bento Yakiniku dari Sushi King untuk dimakan dalam pejabat. Ajaibnya kesan lipstik masih tidak hilang selepas Ayuni habis memakan bento yang berminyak tersebut! Bagi sesiapa yang mencari lipstik yang tidak mudah luntur dalam jangkamasa yang lama, ini merupakan produk yang harus anda ada dalam beg tangan anda.


Sekarang Ayuni masih belum tahu bagaimana hendak tanggalkan lipstik ini memandangkan baru pakai dalam 6 jam semasa menulis review ini. Ya, review ini ditulis 6 jam lalu. Tunggu Ayuni balik rumah dan fikirkan cara untuk menanggalkannya nanti...

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

7 Komen:

Munirah Mustafar said...

terbaiklah...senang ke nak cuci lipstik tu?
suka wrna peach tu...hehehehe
thanks for sharing (^_^)

Cahaya Semulajadiku said...

Wow senang takpayah nk ulang me lipstik kan bibir dalam sehari tu,pakai dari pagi tahan sampai malam..err btw lipstik kak ayuni tu dah tanggal ke belum?hehe

diariasma said...

Wah, betullah tak tanggal..
Warna pun cantek sangat.

Kaklong said...

Cantiknya Warna.. <3

Ayuni Rafilah said...

Bila balik hari tu risau juga tak tanggal-tanggal sehingga lebih 8 jam... nasib baik ada minyak zaitun di dapur, jadi Ayuni sapu minyak tu pada bibir sambil guna lip scrub baru tanggal.

Ayuni Rafilah said...

Betul, memang tak payah ulang lisptik sebab pigmen warna dia kuat betul. Dah guna minyak zaitun dan lip scrub baru dapat tanggal.

Ayuni Rafilah said...

Memang cantik... kalau ada banyak lagi pilihan warna dalam rona merah jambu tentu lagi menarik.

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.