REVIEW

3 Jenis Lip Balm Menarik Yang Harus Dicuba

3 Jenis Lip Balm Menarik Yang Harus Dicuba | Biasanya bila kita sebut tentang lip balm kita akan terbayang sebatang gincu tidak berwarna yang mempunyai tekstur berminyak dan berfungi sebagai pelembab bibir yang menghalang gejala bibir kering dan merekah. Tetapi tahu tak ada lip balm yang dibuat dalam bentuk, corak dan rasa menarik bagi membuat pengalaman menggunakan lip balm lebih menyeronokkan?

Baru-baru ini Ayuni telah mencuba beberapa lip balm yang boleh dikatakan unik kerana memiliki bentuk, corak dan warna yang berbeza daripada lip balm lain dalam pasaran. Jom kita tengok 3 jenis yang paling menarik hati Ayuni:



Black Chrysanthemum Magic Flower Jelly Lipstick

Lip balm ini sedang viral di luar negara terutama sekali Amerika Syarikat. Walaupun dibuat dalam bentuk casing berlekuk dan mewah seperti lipstik, fungsinya lebih mirip kepada lip balm kerana ia tidak memerahkan bibir dengan pigmen tersendiri tetapi menjadikan bibir merah mengikut warna darah pemakai. Lip balm ini agak unik kerana teksturnya tidak berkrim atau berminyak, sebaliknya ia diperbuat daripada jeli jernih yang berperisa! Memandang ia diperbuat daripada jeli, lip balm ini tidak mudah cair apabila ditinggalkan dalam suhu panas. Lip balm ini mampu mencegah bibir daripada menjadi kering dan merekah.

Di samping itu antara ciri yang membuat lip balm ini menarik ialah bunga kecil yang terletak di dalam lip balm (bukan lukisan, memang bunga betul). Ada sesetengah jenis itu mempunyai habuk emas di dalamnya, tetapi Ayuni lebih menggemari jenis yang nampak bunga ini sahaja sebab warna jeli nampak lebih terang, tidak semak, dan casingnya juga lebih cantik. Setiap satu lip balm ini beratnya 4.5 g dan perisanya terdiri daripada rasa anggur, pic dan strawberi.



Cute Kimono Girls Lip Balm

Ini merupakan lip balm paling comel, paling sedap dan paling digemari Ayuni! Apa yang paling menarik tentang lip balm ini ia ada berbagai corak berupa gadis kimono dan setiap satu mempunyai corak kimono berbeza mengikut rasa lip balm. Lip balm ini terdiri daripada perisa buah-buahan yang berbeza - lemon, strawberi, epal hijau, pudina, pisang dan laici. Tekstur lip balm ini berkrim, jadi amat licin dan lembut bila disapu pada bibir. Saiznya sangat comel dan beratnya hanya 2.5 g, sesuai untuk dibawa dalam dompet dan tas tangan kecil.

Selain daripada fungsinya untuk melembabkan bibir semasa bekerja di kawasan kering atau berhawa dingin, ia juga membantu melegakan dan membuat bibir berasa selesa selepas memakai lipstik matte untuk jangkamasa yang lama. Ayuni akan menyapu lip balm ini selepas sapu lipstik jenis matte sebab ia buat bibir rasa selesa tanpa menanggalkan warna lipstik, satu lagi sebab ia buat lipstik yang dipakai nampak berkilau dan bibir nampak lebih cantik bila ambil selfie.



Romantic Bear Ball Lip Balm

Lip balm berbentuk sfera yang nampak ringkas ini mempunyai kandungan Vitamin E yang berfungsi untuk melindungi bibir daripada kekeringan serta merawat bibir yang hitam dan merekah. Apa yang menarik tentang lip balm ini ialah saiznya yang comel dan ringan, membuatkannya mudah dibawa ke mana-mana. Saiznya amat kecil sehingga boleh disimpan dalam poket baju bagi mereka yang tidak gemar membawa beg tangan. Ia juga mudah digunakan - cuma pusing penutup dan sapu pada bibir.

Tekstur lip balm ini berkrim dan bentuknya yang bulat memudahkan sapuan ke atas bibir. Setiap lip balm terdiri daripada warna berbeza mengikut perisa iaitu strawberi, pic, blueberry, lemon dan anggur. Disebab kan rupa dan bentuknya yang ringkas, ia sesuai untuk gadis yang gemarkan aktiviti lasak dan gaya hidup santai.

Nak tahu di mana boleh dapatkan lip balm seperti Ayuni ceritakan di atas ni pada harga yang murah? Singgah ke link berikut: https://shopee.com.my/ayunirafilah.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

Kak Long said...

Owh, jeli rupanya.... Ingatkan dia macam lipbalm biasa..
Patut la popular sangat.

Nona Qiyah said...

Huii, comel banget ehhhhh... suka tengokk !

Thanks infooo..nanti suggest memberr, hehee

Mar Mansor said...

adoi..cute sangat...geram je tengok

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.