Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

SPONSORED POST

Raikan Ulangtahun Pertama Althea Dengan Produk Kecantikan Dari Korea!


Raikan Ulangtahun Pertama Althea Dengan Produk Kecantikan Dari Korea! | Rupa-rupanya inilah pengirim parcel mengandungi kotak merah jambu misteri dari Korea yang Ayuni terima semalam - Althea Korea!

Apakah yang sedang berlaku, mengapa Althea menghantar kotak pink tersebut?

Kalau nak tahu tahun ni Althea sedang menyambut ulangtahun pertamanya di Malaysia dan Ayuni berasa bertuah kerana berpeluang turut terlibat meraikan ulangtahun pertama Althea. Sempena hari bersejarah ini, Althea telah memilih beberapa orang untuk mencuba produk kecantikan dari Korea bagi memeriahkan sambutan ulangtahun dalam keadaan cantik dan berseri-seri seperti gadis Korea.


Jom tengok apa yang Ayuni dapat dalam kotak hadiah harijadi Althea ini...

Lihat, lihat... hebat kan barang-barang penjagaan kulit yang Ayuni dapat dari Althea ni? Semuanya jenama yang terkenal dengan kualiti baik khas dari Korea Selatan. Ada sabun pembersih wajah Magic Stone, pencuci muka Innisfree, primer Innisfree, serum teh hijau serta masker Innisfree yang diperbuat daripada tanah liat gunung berapi Pulau Jeju.



Hari ini Ayuni hendak berkongsi tentang 3 produk kegemaran Ayuni yang diterima daripada Althea:

1. Innisfree No Sebum Primer

Ini merupakan produk Innisfree yang paling Ayuni gemari sebab ia membantu mengekalkan bedak asas pada wajah sepanjang hari tanpa rasa melekit. Bagi mereka yangbiasa menggunakan produk kosmetik, primer ini penting kerana ia berfungsi untuk memudahkan sapuan bedak asas pada wajah sehingga kulit wajah nampak licin serta mengekalkan tekstur bedak padat pada wajah agar tidak cepat tertanggal selepas beberapa jam.


Primer Innisfree ini sangat selesa dipakai kerana ia tidak berminyak dan tidak melekit. Malah ia sangat halus dan nipis seolah-olah tidak memakai apa-apa. Orang yang memiliki kulit cepat berpeluh juga sesuai menggunakan primer ini untuk memperkemaskan solekan agar tahan sepanjang hari. Bahan kandungan primer ini yang terdiri daripada esktrak tumbuh-tumbuhan juga bantu memberi kelembapan semulajadi kepada kulit wajah sambil mengecilkan liang pori. Ternyata produk ini amat bagus dan Ayuni tak teragak-agak akan membeli lagi primer ini di Althea.

2. April Skin Magic Stone & Magic Stone Black

April Skin merupakan jenama kosmetik terkenal di Korea dan Ayuni memang pengguna setia produk April Skin sejak ia mula diperkenalkan di Asia Tenggara lagi. Selain siri April Skin Magic Snow yang terdiri daripada bedak padat dan bedak asas, Magic Stone merupakan keluaran April Skin yang memfokuskan kepada penjagaan dan pembersihan kulit.


Kedua-dua Magic Stone (kelabu) dan Magic Stone Black (hitam) diperbuat daripada minyak zaitun glycerin, ekstrak benih matahari, biji anggur, lavender, rosemary dan arang. Setiap Magic Stone dipakai mengikut waktu tertentu - Magic Stone khas dipakai pada waktu siang, manakala Magic Stone Black dipakai pada waktu malam. Apa yang Ayuni suka tentang sabun Magic Stone ini ialah ia tidak mempunyai bau yang kuat dan tidak membuat kulit rasa kering walaupun terasa tegang setelah memakainya. 


3. Innisfree Jeju Pore Cleansing Foam

Berbanding sabun Magic Stone yang lebih kepada fungsi membersih dan melembapkan wajah, Innisfree Jeju Pore Cleansing Foam rasanya lebih sesuai digunakan untuk menanggalkan solekan dari pada wajah selepas keluar sepanjang hari. Pembersih ini mengandungi tanah liat daripada gunung berapi Pulau Jeju yang mampu membersihkan sebum pada kulit dan memastikan wajah benar-benar bersih selepas dicuci. Wajah nampak 'matte' selepas dicuci menggunakan pembersih ini, oleh itu disarankan menggunakan pelembab wajah sejurusnya bagi mengekalkan kelembapan kulit.


Pek pembersih ini agak besar dan mesra ekonomi (ada dua saiz - 150 ml dan 300 ml). Guna selama sebulan pun tak habis-habis lagi...

Bagi sesiapa yang berminat hendak mendapatkan produk kecantikan Korea seperti yang Ayuni dapat atau hendak cari produk kecantikan lain untuk diri sendiri atau orang yang disayangi, bolehlah kunjungi laman Althea di link ini: http://my.althea.kr. Memandangkan produk dihantar dari luar negara, jadi masa penghantaran yang diambil dalam 4 sehingga 10 hari untuk sampai ke Malaysia. Jika beli dalam RM150 ke atas, caj penghantaran tidak akan dikenakan.

Selamat menyambut ulangtahun pertama kepada Althea!

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

4 Komen:

Maman Reen berkata...

Seronoknya dapat hadiah ๐Ÿ˜

Cahaya Semulajadiku berkata...

Kak, oleh krn tu produk korea, xde jemput duta perempuan korea ke?..mana tahu lpsni lbh ramai yg membeli terutama para suami..beli utk isteri dia

ubai ismail berkata...

hapi besday althea !

Ayuni Rafilah berkata...

Itu idea yang baik juga... tak tahu kenapa mereka tak ada jemputan duta Korea untuk produk kecantikan mereka di sini lagi. Mungkin suatu hari nanti kalau ada cadangan mereka sudi buat.

Sementara itu bagi yang berminat hendak beli produk kecantikan Korea boleh pergi ke link Althea di sini: http://my.althea.kr

Dikuasakan oleh Blogger.