REVIEW

Mudahnya Menimbang Bahan Kek Dengan Alat Penimbang Elektronik!


Mudahnya Menimbang Bahan Kek Dengan Alat Penimbang Elektronik! | Alat penimbang lama sudah lama tidak digunakan dan kelihatan agak berhabuk tatkala dikeluarkan daripada almari dapur. Jarumnya juga tidak menunjukkan timbangan berat yang tepat seperti dulu. 

Kebetulan pada masa yang sama Ayuni ternampak Lazada Malaysia ada menjual alat penimbang elektronik OEM sempena Ramadhan. Murah pula tu sebab dah diskaun 80%... dari harga asalnya RM79.90 dah turun jadi RM15 saja. Jadi Ayuni pun terfikir, "Kenapa tak cuba saja alat penimbang elektronik ni?"


Penghantaran Lazada memang laju betul. Dalam masa 3 hari bekerja Ayuni sudah menerima alat penimbang elektronik OEM yang Ayuni pesan melalui kourier. Puas hati jugalah dengan alat penimbang yang ringan dan mudah-alih ini. Siap diberi bateri untuk dipasang sekali. 


Cara menggunakannya pun mudah sebab ia menggunakan sistem digital. Lagipun tak perlu nak buat kira-kira tolak dulu berat bekas yang digunakan untuk menampung bahan semasa menimbang. Sebaliknya cuma letak dulu bekas atas alat penimbang elektronik OEM kemudian tekan butang ON. Bacaan berat tetap sifar sehingga bahan diletak dalam bekas tersebut. Jadi bacaan timbangan berat bahan dapat dengan tepat... memang bagus sekali produk ni!

Dengan sukatan bahan yang tepat, mesti kek dan biskut raya Ayuni akan menjadi lebih sedap lagi.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.