REVIEW

Max Clinic Cirmage Lifting Stick Hilangkan Kedutan Pada Wajah?


Max Clinic Cirmage Lifting Stick Hilangkan Kedutan Pada Wajah? | Terhangat di pasaran kini, Max Clinic Cirmage Lifting Stick merupakan produk kecantikan dari Korea yang dipercayai mampu menghilangkan kedutan pada wajah dalam masa yang singkat. Produk ini menjadi kegilaan ramai setelah video pengiklanannya menjadi viral di Youtube dan Facebook.

Video tersebut memaparkan seorang wanita tua yang memiliki banyak garisan wajah dan kedutan pada wajahnya menggunakan Cirmage Lifting Stick. Apabila digosok pada wajahnya, segala garisan dan kedutan hilang dan wajah wanita tua tersebut kelihatan jauh lebih muda daripada sebelumnya. Ia seolah-olah melihat kain baju yang digosok menjadi licin semula dengan penggosok baju. Video itu meraih lebih 9 juta views di Facebook.


Baru-baru ini Ayuni berkesempatan mencuba Max Clinic Cirmage Lifting Stick yang dipesan dari Korea melalui laman web membeli-belah Korea www.stylekorean.com dan merasai hasilnya sendiri. 



Satu Cirmage Lifting Stick ini beratnya 25 gram. Sarung luarnya direka dengan 4 bucu yang menggalakkan pengaliran darah serta penyebaran formula dalam botol pada seluruh wajah dengan menggunakan teknik urutan Gua Sha, iaitu satu teknik urutan yang menakutkan dan mengerikan. Tak percaya lihat SINI. Apabila wajah diurut ke arah menaik, kulit wajah turut tertarik ke atas menjadikannya tegang.


Apakah isi kandungan Cirmage Lifting Stick? 

Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Ozokerite, Beeswax, Butylene Glycol Dicaprylate/Dicaprate, Polymethyl Methacrylate, Jojoba Esters, Hydrogenated Vegetable Oil, Water, Euphorbia Cerifera (Candelilla) Wax, Octyldodecanol, Nylon-12, Glycerin, Butylene Glycol, Caprylyl Glycol, Hydrogenated Polyisobutene, Diisotearyl Malate, Copper Tripeptide-1, Tripeptide-29, Tripeptide-1, Hexapeptide-12, Nicotinoyl Tripeptide-35, Palmitoyl Tripeptide-1, Palmitoyl Pentapeptide-4, Nonapeptide-7, Palmitoyl Tripeptide-29, Palmitoyl Tetrapeptide-7, Hexapeptide-9, Tripeptide-10 Citrulline, sh-Polypeptide-15, Palmitoyl Tripeptide-5, Diaminopropionoyl Tripeptide-33, r-Spider Polypeptide-1, Acetyl Hexapeptide-8, Dipeptide Diaminobutyroyl Benzylamide Diacetate, Morinda Citrifolia Leaf Cell Culture Extract, Echinacea Purpurea Leaf/Stem Meristem Cell Culture Extract, Narcissus Tazetta Bulb Extract, Lecithin, Polyester-4, VP/Hexadecene Copolymer, Hydrogenated Polydecene, Polyethylene, Sodium Lactate Methylsilanol, Glycine Soja (Soybean) Sterols, Diphenysiloxy Phenyl Trimethicone, Cholesterol, Collagen, Honey Extract, Serum Protein, Gellan Gum, Xanthan Gum, Anemarrhena Asphodeloides Root Extract, Spider Web Extract, Hydrolyzed Collagen, Soluble Collagen, Ampelopsis Japonica Root Extract, Angelica Dahurica Root Extract, Atractyloides Japonica Rhizome Extract, Ipomoea Hederacea Seed Extract, Morus Alba Root Extract, Paeonia Lactiflora Bark/Sap Extract, Silkworm Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Ceteth-4, PEG-5 Rapeseed Sterol, Disteardimonium Hectorite, Alanine, Proline, Pseudoalteromonas Ferment Extract, Serine, Ceresin, Propylene Carbonate, Potassium Cetyl Phosphate, Plankton Extract, 1,2-Hexanediol, Hippophae Rhamnoides Oil, Hydrolyzed Collagen Extract, Magnesium Ascorbyl Phosphate, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Xylitylglucoside, Anhydroxylitol, Xylitol, Linoleic Acid, Silkworm Cocoon Extract, Argenine Ferulate, Linolenic Acid, Oil Soluble Licorice (Glycyrrhiza) Extract, Adenosine, Phenoxyethanol, Sodium Hydroxide, Sodium Phosphate, Ethylhexylglycerin, Pullulan, Fragrance.

- Dirujuk daripada label kotak produk.

Apa yang mengejutkan Ayuni ialah bahan yang digunakan untuk membuat Cirmage Lifting Stick ini termasuk sawang labah-labah dan ulat sutera. 

Secara jujurnya, setelah Ayuni menggunakan lifting stick ini Ayuni rasa ia tidak ubah seperti menyapu deodoran berbau serai pada wajah. Terasa kesan melekit yang tidak disenangi (apa sahaja yang melekit memang tidak pernah disenangi oleh sesiapa) tertinggal pada wajah, namun ia boleh dijadikan sebagai ganti kepada foundation atau primer sebelum menyapu bedak halus. Tentang keberkesanannya... entahlah, Ayuni tidak dapat agak. Agak terlalu awal nak nampak kesan. Mungkin juga kerana wajah Ayuni masih belum berkedut lagi.

Jika anda jenis muka berminyak dan cepat berpeluh, tidak bekerja seharian dalam ruang berhawa dingin, atau takut pada labah-labah, produk ini harus dihindari.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

4 Komen:

I N A A I N A A berkata...

Macam best je.. tetiba rasa nk cuba juga

Ayuni Rafilah berkata...

Boleh order di blogshop bawah entri post ini untuk cuba pada harga yang berpatutan :)

Jamil Hashim berkata...

SINGGAH 24 RAMADHAN
https://belogs.blogspot.my/

Jamil Hashim berkata...

FOLLOWER 477

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.