SPONSORED POST

Tips Fesyen Untuk Peminat Leggings


Boleh dikatakan semua wanita mempunyai koleksi seluar leggings di rumah sama ada untuk dipakai sebagai pakaian harian, mahupun dijadikan sebagai koleksi pakaian kasual di hujung minggu. Leggings juga kadang kala dipanggil sebagai yoga pants dan ia juga sering dipakai oleh wanita yang ingin melakukan aktiviti sukan.  Ini kerana pemakaian leggings adalah amat selesa dan praktikal serta boleh digayakan dengan apa jua padanan pakaian.


Untuk pemakaian harian di rumah, leggings boleh dipakai bersama baju-t untuk keselesaan yang paling ideal. Anda juga boleh memakai leggings bersama koleksi blaus atau kemeja labuh ketika bersantai bersama rakan-rakan pada hujung minggu.

Berikut merupakan jenis-jenis leggings untuk wanita yang boleh ditemui dalam pasaran dan menjadi fesyen wanita-wanita yang aktif dan bergaya;

Ankle-Length 

Untuk rekaan leggings jenis ini, ia berukuran hingga ke buku lali si pemakai. Jenis leggings ini adalah yang paling popular. Koleksi leggings ankle-length boleh digayakan bersama baju blaus, kemeja atau t-shirt dan juga dress.

Mid-Calf

Bagi leggings yang berukuran sehingga ke paras betis ini juga mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Leggings jenis ini juga boleh anda gayakan dengan apa jua jenis baju pilihan anda. Namun ia kurang sesuai dipakai oleh wanita yang rendah.

Stirrup

Jika dahulu, leggings jenis ini sering dipakai wanita untuk melakukan aktiviti senaman aerobik, namun kini ia juga turut digayakan oleh wanita sebagai salah satu jenis pakaian kasual yang bergaya.

Footed

Jenis leggings yang kebiasaannya dipakai oleh wanita di kawasan sejuk. Paling popular di kalangan gadis Jepun dan Korea. Apa yang membezakan leggings yang lain dengan jenis yang ini adalah rekaan leggings yang menutupi keseluruhan bahagian kaki. 

Jeggings

Gabungan antara jeans dan leggings yang menjadi trend terbaru masa kini memberikan penampilan kasual yang  paling sempurna sebagai jenis seluar untuk bergaya. Ia amat selesa dipakai dan pada masa yang sama memberikan anda penampilan kasual yang bersahaja.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

Ziarah berkata...

Ini membalut aurat namanya. Seeloknya anda sebagai muslimah kongsilah perkara yang bermanfaat bukan perkara-perkara dosa macam ni.
bertaubatlah sebelum terlambat.
yang baik itu dari Allah, yang buruk tu datang dari saya.

Sekadar menegur saudara seislam. Islam kan? :-)

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.