PERSONAL

Penghijrahan Hidup BW...


Penghijrahan Hidup BW... | Semalam Ayuni pulang dari kerja dan mendapati BW telah memindahkan anak-anaknya ke atas katil Ayuni. Mula-mula ada 3 ekor anak kucing, tetapi salah seekor dah mati. Mungkin dalam dua jam sebelum itu ia mati lemas akibat kepanasan atau tersempit di tempat awal BW sorok mereka.

Paling kasihan dua kali BW menggonggong anaknya yang mati dan letak depan kaki Ayuni, seolah-olah minta Ayuni buat sesuatu tentang anaknya. Mungkin BW ingat Ayuni boleh hidupkan semula anaknya itu. Bila Ayuni bawa bangkai anaknya keluar untuk ditanam, BW kelihatan sangat keliru dan dia ikut Ayuni sampai ke luar rumah.

Dah selesai tanam, Ayuni buatkan katil baru daripada kotak air mineral dan baju-baju lama Ayuni untuk anak-anak BW tidur dengan selesa di tepi katil Ayuni. Setakat ini BW nampak puas hati dan tak pindahkan anak-anak dia ke tempat lain lagi. Di waktu malam dia akan tidur di atas katil Ayuni, bila dia hendak menyusukan anak dia akan turun ke sebelah katil.

Sekejap sahaja BW sudah dewasa.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

asma langit berkata...

Ya Allah.. Kesiannya.. Naseb ada 2 ekor lagi..
RAsa macam baru je Ayuni cerita ttg keletah BW, tetibe dah jadi mak dah..

Selamat HAri Ibu, BW..

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.