Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

LIFESTYLE

Buffet Di Latest Recipe @ Hotel Le Meridien KL


Buffet Di Latest Recipe @ Hotel Le Meridien KL | Pada minggu lalu Ayuni menghadiri sebuah program di mana para hadirin berpeluang menjamu selera di restoran Latest Recipe yang bertempat di aras 5 Hotel Le Meridian, Kuala Lumpur.


Latest Recipe mempunyai kaunter makanan dan minuman yang dibahagikan kepada jenis makanan dan minuman yang berlainan. Contohnya kaunter untuk makanan laut di mana anda boleh memilih ketam, udang, ikan, sotong, tiram, kupang, kapis (scallop), lobster atau kepah dan memberikan makanan laut yang telah dipilih kepada chef untuk dimasak di depan anda mengikut resipi citarasa anda sendiri.


Terdapat juga kaunter pasta untuk para penggemar spaghetti atau fettuccine di mana anda boleh memilih stail pasta untuk disediakan oleh chef di depan anda beserta bahan-bahan ramuan yang anda mahu.


Makanan Cina seperti dumpling, dim sum, loh mai kai (kegemaran Ayuni), mi wantan dan mi kungfu disaji panas-panas dalam bakul pengukus dan periuk.


Di sebelah kaunter masakan Cina, masakan Melayu tradisional seperti nasi goreng kampung, rendang dan segala jenis lauk-pauk disediakan dalam periuk besi. Nasi bryani dan pelbagai kuah sampingannya juga disajikan sedemikian di kaunter berhampiran.


Jika anda minat makanan Jepun seperti sashimi, sushi dan tempura, anda boleh jumpa kaunter ini di hujung dalam restoran bersebelahan kaunter makanan grill stail Mediterranean yang menyajikan ikan salmon dan dory, serta ayam dan daging bakar. Berhadapan kaunter-kaunter ini pula terletak sebuah kaunter salad, yogurt, buah-buahan, keju, sup minestronemeatloaf dan sandwic bagi pengamal makanan sihat.

Kaunter sandwic dan makanan sihat

Bahagian makanan segar merupakan kaunter di mana penunjung boleh mengambil tiram (oyster), ketam, udang dan kupang mentah bersama hirisan lemon untuk diperah ke atas makanan laut segar yang dipilih. 


Kaunter manisan (dessert) merupakan bahagian paling menyeronokkan di mana pelbagai jenis makanan manis seperti kuih-muih, biskut, kek, aiskrim, puding, marshamallow, coklat dan gula-gula tanpa had boleh dinikmati pengunjung.


Dengan mata yang rambang memilih manisan, tangan juga tidak henti menyiram coklat berperisa coklat susu dan strawberi daripada chocolate fountain ke atas marshmallow serta memetik lollipop daripada tiang - ia sememangnya syurga dessert!


Antara dessert di Latest Recipe yang paling disukai oleh Ayuni ialah gelato coklat yang boleh diambil sebanyak mana yang kita mahu daripada mesin pengeluar aiskrim di kaunter dessert, tiramisu yang terasa lemak susu sebenar pada lidah dan mousse coklat yang lemak berkrim.

Bersepah makan dengan segala aneka kek dan coklat...

Selain daripada kopi dan teh panas, air detoks (fusion) juga disediakan di mana pengunjung boleh memilih untuk minum air sejuk yang dicampur dengan timun, tembikai, madu, pudina, serai, lemon dan oren.

Susunan perabot dalam ruang restoran Latest Recipe amat menarik kerana berjaya memberikan ruang peribadi (privacy) kepada pengunjung tanpa menyemak pemandangan.


Dengan gaya interior yang separa klasik, berkemungkinan diilhamkan daripada stail fusion Timur-Barat, dan pencahayaan lampu yang lembut, suasana dalam restoran Latest Recipe dirasakan tenang dan romantis. Memang sesuai untuk membawa orang tersayang menjamu selera di sini, atau membuat temujanji penting bersama rakan seperniagaan.


Harga bagi buffet di Latest Recipe ialah:

Isnin - Jumaat: RM128 setiap seorang (dewasa) 
Sabtu & Ahad: RM150 setiap seorang (dewasa)

Sempena bulan Ramadhan ini Latest Recipe akan mengadakan promosi buffet berharga RM 175 (dewasa) / RM 87.50 (kanak-kanak) yang berlangsung dari 6 Jun sehingga 5 Julai 2016. Pemegang kad kredit boleh mendapat diskaun 20% atas bayaran makanan dan jika anda membawa 4 tetamu ke Latest Recipe, tetamu keempat tidak akan dikenakan caj bayaran.


Jika anda berminat untuk menikmati buffet ala antarabangsa di Latest Recipe @ Le Meridien Kuala Lumpur, boleh singgah ke alamat ini:

Tempat:

Aras 5
Le Meridien
2 Jalan Stesen Sentral
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Masa operasi: 

Makan tengahari : 12.00 pm - 2.30 pm
Makan malam : 6.30 pm - 11 pm

Laman rasmi:


Untuk sebarang tempahan, sila hubungi 03-2263 7434.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

6 Komen:

Hifzaili berkata...

Nampak sedap ni.. nyum2

Ziarah berkata...

ish ish.. Mahalnya.. Alhamdulillah cik mampu makan benda-benda mewah mcam ni. Tapi alangkah eloknya kalau tak digalakkan benda-benda bermewah dan berlebihan seperti ini. Ramai lagi orang susah di luar sana. Kata orang klau dah senang, panjangkanlah tangan menghulur kepada orang yang tak mampu bukan bermewah dengan keduniaan ni.

Saya sekadar menegur je. Saya tengok cik ni jenis boleh menerima teguran. Tu yang saya suka datang sini baca blog cik. Yang baik dari Allah, yang kurang tu dari saya sendiri.

Aksara Biruu berkata...

wahhhh...sedap dan mahal..hihihi

Apa Itu 'Flying Tent' ?

TunSha Ayunie berkata...

Buffet yang mahal ni hanya sesuai untuk mereka yang suka makan... sobsss... tumpang telan air liur... Memang tercari2 buffet yang menghidangkan makanan jepun... Semoga ada rezeki nanti...

Ayuni Rafilah berkata...

Akak ada jual baucar set Ramadhan Hei Sushi @ Alamanda Mall Putrajaya pada diskaun 55% daripada harga sebenar... nak beli tak? Hehehe...

farhanna jafri berkata...

happy sangat tengok kaunter makanan dia, meriah!

Dikuasakan oleh Blogger.