Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

BERITA

Tragis! Pengakhiran Kisah Cinta Yang Pilu Bagi Pasangan Ini...

Tragis! Pengakhiran Kisah Cinta Yang Pilu Bagi Pasangan Ini... | Sedih. Kisah cinta bagi pasangan ini berakhir dengan tragis apabila mereka terperangkap di dalam hutan dijilat api marak dan menjadi antara mangsa kebakaran hutan di daerah Bongawan, Sabah yang berlaku sejak sebulan lalu.


Malang betul nasib sepasang kura-kura yang maut rentung dibaham api kebakaran dalam gambar ini. Sehidup semati bersama. Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kebakaran tersebut berpunca daripada aktiviti pekebun kecil yang melakukan pembakaran secara terbuka yang merebak ke kawasan hutan simpan.

Setakat ini kira-kira 80 peratus daripada keluasan 300 hektar kawasan hutan di Kimanis/Bongawan dan Jalan Membakut/Bongawan berjaya dipadamkan api oleh pihak bomba dan pasukan keselamatan.

Berdasarkan siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada tahun ini, sebanyak 1,047 kes pembakaran terbuka dikesan di seluruh negara iaitu pembakaran terbuka melibatkan kawasan hutan (147 kes), kawasan pertanian (298 kes), kawasan industri (lapan kes), tapak pembinaan (24 kes), tapak pelupusan sampah (46 kes), kawasan belukar (190 kes) dan lain-lain pembakaran terbuka kecil (334 kes).

Walau apa pun, kisah kematian pasangan kura-kura ini wajar dijadikan iktibar kepada manusia agar tidak memandang ringan tentang penjagaan dan pemuliharaan hutan yang menempatkan haiwan-haiwan liar yang bergantung hidup di dalamnya.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

  1. assalamualaikum.
    singgah dan jemputan...
    ~ http://jmbelog.blogspot.my/2016/04/segmen-jom-singgah-jmbelog.html

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.