Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

TIPS & RAHSIA

Tips Fesyen: Apa Nak Pakai Bila Menghadiri Event Blogger


Tips Fesyen: Apa Nak Pakai Bila Menghadiri Event Blogger | Ayuni mengaku yang setiap kali hendak menghadiri event blogger, perkara nombor satu yang paling pening difikirkan ialah baju dan aksesori apa nak dipakai. (Agaknya kalau blogger yang niche dia bertemakan fesyen, sudah tentu dia lebih pening daripada Ayuni sebab ramai follower dia akan mengharapkan inspirasi terbaru daripada pilihan fesyennya!)

Tidak kira sama ada anda blogger yang memiliki niche blog fesyen, peribadi, travel, makan-makan, santai, kecantikan, sukan, seni atau sebagainya, yang pasti imej blogger adalah lambang ('trademark') kepada blog. Imej seseorang blogger menonjolkan personaliti blognya. Ini juga merupakan satu cara blogger meletakkan 'branding' pada blog serta identiti blogging mereka.

Bagi Ayuni, keselesaan merupakan perkara yang paling diutamakan semasa menghadiri event blogger. Ada sesetengah blogger berasa selesa memakai t-shirt ke event dan mereka pandai menggunakan logo pada t-shirt untuk mempromosikan blognya - gabungan keselesaan dan pengiklanan yang cantik!

Memandangkan Ayuni jarang menunjukkan wajah dalam blog, Ayuni akan memilih aksesori yang boleh membantu blogger lain memulakan perbualan apabila mereka bertemu buat kali pertama dengan Ayuni. Contohnya, Ayuni selalu mengenakan topi yang sama semasa menghadiri event blogger kerana ia membuat Ayuni mudah dilihat serta dikenali rakan blogger dari jauh.


Mengikut pemerhatian Ayuni semasa event Sepetang Bersama Blogger 2016 anjuran Denaihati Network dan MDEC, ramai blogger yang menepati fesyen dan imej yang sekaligus membawa nama dan personaliti blog masing-masing. Ini antara blogger yang menarik perhatian Ayuni dengan fesyen mereka semasa event Sepetang Bersama Blogger 2016...

Namie Licious tampak hip dengan tudung shawl Farisha dan kemeja lengan panjang kuning berbelang. Gaya hipster yang unggul!

Syafiera Yamin berjaya mencuri tumpuan ramai dengan reben kepala besar mirip telinga arnab, sesuai dengan corak bajunya yang bertema girang. Pilihan aksesori yang ternyata amat comel! 

Uncle Gedek mengekalkan 'trademark' beliau dengan sepasang t-shirt hitam dan seluar jeans denim biru seperti selalu dilihat dalam setiap entri Blog Begins At 40. Santai namun hebat... agaknya berapa banyak t-shirt hitam dan seluar jeans yang dimilikinya?

Iena Wahab jelas kelihatan bergaya dengan jaket 'quilt' cerah dikenakan dengan blaus berwarna merah strawberi - nampak manis dan ayu sekali. Tambahan pula tudung yang serasi dengan jalinan jaket dan warna baju, serta tali pinggang yang masuk dengan corak tudung. Kombinasi fesyen yang sangat teliti dan patut diberi 5 bintang!

Ayue Jean tampil dengan gaya rambut dwi-tona yang anggun dipadankan dengan blaus 'candy-stripe' kembang di aras pinggul. Padanan rona yang ceria dan harmoni.

Boni Kacak menyerlahkan kekacakan beliau dengan jaket hitam dan cermin mata stail aviator. Pilihan fesyen yang menimbulkan aura misteri.

Bro Framestone kelihatan santai tetapi serius dengan t-shirt yang tertulis nama bloggernya, sekaligus menonjolkan kewibawaannya sebagai seorang blogger tegar. 

Seperti Bro Framestone, Yeop Maz juga mengenakan t-shirt santai berwarna hitam. Bezanya perkataan Trust Me I'm a Professional Blogger berwarna keemasan pada t-shirt Yeop nampak timbul di atas latarbelakang gelap dan menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Alamat blog Yeop juga dapat dibaca pada baju yang dipakai. Memang fesyen yang bijak.

Ayuni tak tahu siapa ni, tetapi baju biru corak 'dragonfly' yang dia pakai memang cantik, terutama sekali jika dikenakan dengan seluar palazzo atau skirt pensel labuh bercorak/berwarna dingin.

Akhir sekali, jangan lupa bawa kad blogger anda untuk saling ditukar dengan blogger-blogger lain setelah anda berjaya menjalinkan persahabatan (peringatan untuk diri-sendiri yang belum buat kad blogger...)

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

  1. Geramnya tengok blogger berkumpul beramai2...
    Mesti seronok kan...

    P/S: suka dengan rademark Ayuni.. ^^

    BalasPadam
  2. Dayang deno simple je.. hihiiintak tau berfesyen, plus memang dari dulu suka pakai simple2 hihiiii

    BalasPadam
  3. Pakai topi? Haha dari zaman mana kau datang, makcik? Upgrade la sikit topi tu. Tips fesyen konon. Kena berguru lagi ni kalau nak bagi tips. Poyo lebih je makcik ni.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.