Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

EVENT

Sepetang Bersama Blogger 2016


Sepetang Bersama Blogger 2016 | Ada sesiapa yang datang ke event Sepetang Bersama Blogger 2016 yang diadakan di hotel Grand Campbell di Kuala Lumpur pada hari Sabtu (16 April) baru-baru ini? Ini kali pertama Ayuni menghadiri event blogger anjuran Denaihati Network dan ia sememangnya satu pengalaman yang banyak membawa kenangan menarik bagi Ayuni.


Sepetang Bersama Blogger 2016 merupakan event blogger anjuran bersama Denaihati Network Sdn Bhd dan MDEC yang menghimpun ramai blogger serta usahawan online dalam satu perjumpaan santai. Ini merupakan tahun kelima event sebegini diadakan oleh Denaihati Network.


Berbagai-bagai aktiviti diadakan sepanjang event termasuk cabutan bertuah, peraduan oleh penaja-penaja, forum keusahawanan, bergambar di photobooth, jualan produk, berkenalan sesama blogger serta kemunculan oleh Upin dan Ipin.

Sampai sahaja dapat goodie bag yang besar ini.

Pemenang pakej umrah tajaan Simply Umrah, blogger Mahamahu

Pemenang tiket percutian ke Perth, Australia tajaan Amna Home, blogger Uncle Zuan


Pemenang tablet Lenovo tajaan Denaihati, blogger Rafzan Tomomi.

Forum keusahawanan yang banyak memberi tips penulisan blog.

Dr. Azizan Osman antara panel forum jemputan khas.

Pelakon Adi Putra juga hadir sebagai ahli panel forum.

Upin dan Ipin datang memeriahkan segmen bersama blogger.

Blogger dapat mengambil gambar selfie bersama Syairah Saiddin, model rasmi Zeeta yang cantik jelita.

Barisan blogger yang memenangi contest anjuran produk Zeeta.

Norman Hakim dan Memey Suhaiza muncul untuk mewakili Ephyra sebagai duta produk.

Sesiapa yang terserempak dengan Raja Selfie, Uncle Gedek wajib mengambil selfie bersama beliau dengan raut wajah yang serius. Wajib.

Dua orang pelakon dari siri Bodyguard. Oh, bukan... rupa-rupanya Uncle Gedek bersama Bro Framestone.

Para blogger sedang beramah-mesra antara satu sama lain.

Photobooth Kotak Lensa merupakan premis yang paling ramai dikunjungi dan terhangat sepanjang perjalanan event.

Antara perkara yang paling bermakna buat Ayuni semasa menghadiri event Sepetang Bersama Blogger 2016 ialah berpeluang menemui blogger-blogger lain yang sebelum ini Ayuni cuma pernah berinteraksi dalam blog dan Facebook.

Dapat jumpa Dayang Deno, blogger paling comel.

Pertama kali jumpa Boni Kacak, blogger paling kacak.

Blogger yang kerap Ayuni jumpa di luar alam maya, Syafiera Yamin, blogger paling jelita.

Banyak juga Ayuni pelajari dari menghadiri majlis SBB2016 ini... antaranya harus sediakan kamera yang memiliki resolusi lebih baik serta kad blogger untuk ditukar bersama kenalan blogger lain. Ada seorang blogger tu (Ayuni lupa siapa) meminta Ayuni memberikan kad blogger kepadanya. Bila tengok dia tak berganjak juga dari meja, secara tidak berapa rela Ayuni memberinya kad peribadi Ayuni yang mengandungi nama sebenar Ayuni dengan harapan dia tak akan perasan yang Ayuni tak ada kad blogger...

Kad blogger yang dikumpul oleh Encik ST, bukan Ayuni.

Maaf kepada blogger-blogger lain yang bergambar dengan Ayuni tetapi mendapati kualiti kamera telefon Ayuni agak buruk. Nampak seolah-olah Ayuni ambil gambar dengan pembakar roti. Sedih. Nasib baik ada booth Kotak Lensa di mana kita boleh berselfie bersama, yay!


Di samping mengeratkan silaturahim, blogger juga berpeluang menikmati nanas yang manis dan sedap tajaan Jus Bob Nanas...


Wah, rupa-rupanya event Sepetang Bersama Blogger 2016 juga mendapat liputan dalam stesen siaran Astro Awani!


Terima kasih kepada Denaihati Network serta Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) selaku penaja utama dan penaja-penaja amnahome.com, Richwork Academy, Ephyra, Jopana.my, Zeeta, Aleeya’s Kitchen, Firdausazizi.com, Abangensem.com, Penmerah.com, eQurban, Sohaini Cookies, Jus Bob Nanas dan Upin Ipin Oficial.

Terima kasih Ayuni ucapkan...

Oh ya, lupa pula... apa isi yang terkandung dalam goodie bag besar tadi? Inilah barang-barangnya...

Banyak betul barangnya, kan? Tak rugi datang ke event Sepetang Bersama Blogger tahun ini!

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

8 Komen:

Syafiera Yamin berkata...

Waa ahh mana muka Sis ayuniiii

Bro Framestone berkata...

xde muka kita.... xpe la...

si Syairah Saiddin tue, single lagi kan?

Ayuni Rafilah berkata...

Ada. Belakang kamera... err...

Ayuni Rafilah berkata...

Eh, adalah... Bro Framestone terlepas pandang agaknya. Cuba tengok sekali lagi, ada tu...

Denaihati berkata...

Santai tak majlis? ..heee
mudahan point penting yg dkongsikan panel2 dapat dimanfaatkan. Bilion pun terima kasih sertai dan meriahklan SBB2016 ni dan entri ni.

deno berkata...

Auww.. segan kite ngan kak Ayuni^^ Kak Ayuni terima kasih kak Ayuni tegur dayang semasa event.. Kalau tak memang tak kenal sebab biasa nampak drawing kak Ayuni je hihiiii.. Best kan event ni, santai dan happening! Hopefully dapat join lagi di masa akan datang... :)

Bro Framestone berkata...

Hahahha nampak nampak... memang nampak rare je tengok pic bro dengan uncle gedek

Cahaya Semulajadiku berkata...

Wow!

Dikuasakan oleh Blogger.