Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PERSONAL

Orang Gila Pengganti Facebook???

Orang Gila Pengganti Facebook??? | Insiden ini berlaku pada awal pagi Isnin jam 1:40 a.m. Sedang Ayuni melayari internet melalui telefon, satu imej pelik telah menangkap pandangan mata Ayuni. Cuba tengok screenshot di bawah...


Laman Facebook bertukar nama jadi Orang Gila... 

Apakah yang berlaku? Adakah Facebook telah diserang oleh hacker pada waktu pagi buta tadi? 

Apa agaknya yang ingin disampaikan oleh hacker melalui perkataan Orang Gila? Adakah ia merujuk kepada dunia pengguna internet dalam Facebook umpama kehidupan orang gila di mana masing-masing berbual sesama dinding? 

Tiba-tiba Ayuni teringat kata-kata meme ini walaupun ia langsung tiada kaitan dengan entri Ayuni.

Kira-kira tiga minit kemudian paparan nama Facebook menjadi normal balik. Berapa ramai agaknya yang menyedari perubahan nama Facebook berlaku pada waktu ini?

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.