Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PELIK

Kucing Pink Ditemui!


Kucing Pink Ditemui! | Umumnya kita tahu kucing ada pelbagai warna bulu yang menarik dari hitam sehingga berbelang-belang. Namun warna merah jambu merupakan warna yang amat pelik ditemui pada seekor kucing.


Ternyata kucing berwarna merah jambu boleh wujud, namun kebiasaannya setelah ia diwarnakan oleh pemilik dengan pewarna. Selalunya pemilik menggunakan pewarna makanan yang selamat untuk kucing mereka. 

Terdapat satu insiden yang menarik perhatian penduduk Cornwall di UK pada September 2005 apabila seekor kucing bernama Burmas milik pasangan Devon pulang ke rumah dengan badan berwarna merah jambu setelah ia menghilangkan diri selama seminggu. Terkejut dengan perubahan diri Burmas, pasangan Devon segera membawanya ke klinik haiwan untuk pemeriksaan. Doktor veterinar mengesahkan Burmas sihat walafiat dan tidak mengalami sebarang risiko keracunan toksik. Sehingga kini punca bulu Burmas bertukar menjadi warna merah jambu menjadi misteri.

Burmas si kucing merah jambu. 
Kisahnya pernah disiarkan dalam akhbar tempatan di England.

Di samping itu, terdapat satu laporan bertarikh Julai 2010 tentang pencemaran udara yang berpunca daripada sebuah kilang besi di Wales didakwa penduduk bahawa debu yang dikeluarkan oleh kilang tersebut menyebabkan kucing mereka bertukar menjadi berwarna kelabu dan merah jambu.


Bagaimana rasanya menjadi seekor kucing berwarna merah jambu?

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

4 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.