Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

BERITA

GEMPAR! Bom Ditemui Dalam Kondo Damansara Perdana!


GEMPAR! Bom Ditemui Dalam Kondo Damansara Perdana! | Wah, terkejut betul Ayuni dengar berita ini dalam tv malam tadi! Penduduk kondominium di Damansara Perdana, Petaling Jaya, digemparkan dengan berita penemuan objek yang dikenalpasti sebagai bom buatan sendiri di salah sebuah unit bangunan di kawasan tersebut.

Dengan gerak usaha pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Skuad Pemusnah Bom, kesemua penghuni kondominium berjaya dipindahkan keluar dari bangunan kira-kira jam 8:30 pagi pada Ahad, 17 April kelmarin. 

Lima buah butir objek dipercayai bom beserta bahan-bahan litar elektrik dan dadah jenis syabu dan pil ecstasy ditemui di tingkat 17 salah satu bangunan terbabit. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din, dua orang suspek dipercayai warga tempatan sempat melarikan diri sebelum diberkas pihak polis.

Apakah motif bom tersebut dibina dan diletakkan di kawasan perumahan tersebut? Siapakah suspek yang berjaya melarikan diri itu?

Apa yang pasti, kes ini masih disiasat di bawah prosedur Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.