Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

SPONSORED POST

Cuci Mata Di Signature Suites Dengan Rohto Eye Drops


Cuci Mata Di Signature Suites Dengan Rohto Eye Drops | Ada sesiapa yang matanya rasa kering dan tidak bermaya semasa buat blogwalking ke blog Ayuni ini? Jom cuba produk dari Jepun Rohto Eye Drops yang pasti buat mata anda kembali segar dan bersinar setelah penat berblogging dan blogwalking!

Baru-baru ini Ayuni bersama rakan-rakan blogger telah menghadiri majlis blogger anjuran Rohto Eye Drops yang bertempat di Signature Services Suites & Studios KL, Sri Hartamas pada Sabtu, 26 Mac lalu untuk merasai sendiri kehebatan produk Rohto Eye Drops.

Sebelum kita cuci mata dengan produk, kena jamu mata dengan makanan yang sedap dulu...


Baiklah, sesudah menjamu mata barulah kita tinjau apa itu Rohto Eye Drops. Di bawah ini ialah produk cecair penitis mata Rohto Eye Drops dari Jepun yang mampu membantu pengguna melegakan mata selepas menghabiskan masa yang lama dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membuat mata menjadi penat dan tidak bermaya seperti memandang skrin komputer, menonton tv, memandu di jalanraya serta membaca. Botolnya lutsinar dan mudah dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang comel.


Kelebihan Rohto Eye Drops ialah ia mengandungi mentholatum yang memberikan kesegaran pada mata tanpa perlu pergi ke Jepun. Lepas lima saat titis ke dalam mata, Ayuni rasa ada perubahan pada mata di mana biji mata terasa sejuk dan menyamankan, seolah-olah serpihan salji telah masuk ke dalam mata Ayuni bagai Kay dalam babak cerita "The Snow Queen". Eh, silap... dalam cerita tersebut yang masuk dalam mata Kay bukan salji tetapi cermin sakti. Maaf. 

Memang terasa nyaman betul! Tengok mata Ayuni di bawah, nampak segar dan berseri-seri, kan? *kelip-kelip mata*


Cuma, itulah... pemakai cermin mata seperti Ayuni harus tanggal cermin mata terlebih dahulu sebelum menggunakan Rohto Eye Drops sekiranya ingin merasai hasil yang berkesan.

Buat masa ini, Rohto Eye Drops boleh didapati dalam dalam tiga (3) jenis botol dalam pasaran Malaysia, iaitu Dry AidCool dan Aqua. Produk ini merupakan keluaran syarikat Rohto Pharmaceutical bertempat di Jepun yang telah beroperasi selama 100. Produk ini selamat digunakan kerana ia diformulasikan oleh pakar penjagaan mata di bawah kelulusan Food and Drug Administration (FDA) dan Goods Manufacturing Practices (GMP) serta mengikut kepiawaian ISO 13485.



Haarga setiap botol Rohto Eye Drops ialah RM16.90 termasuk GST dan boleh didapati di kedai-kedai farmasi seluruh negara. Maklumat lanjut tentang Rohto Eye Drops boleh didapati dengan melayari laman ini: www.rohtoeyedrops.com.my

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.