Contenglah 2016 @ Makespace, Quill City Mall | Pada 2 dan 3 haribulan April yang lalu Ayuni telah menyertai pameran doodle Contenglah 2016 yang dianjurkan oleh Doodle Malaysia. Ini merupakan pengalaman baru bagi Ayuni kerana turut mempamerkan hasil karya Ayuni dalam sebuah pameran mini bersama group tersebut.
Karya Ayuni yang turut dipamerkan di pameran Contenglah'16
Antara pelukis yang terlibat termasuk Rizal Paper Bag Head, Aku Napie, Sylvia, Point Blanc (Poetic Ammo), Juan Villanueva, dan ramai lagi. Karya mereka memang hebat-hebat belaka, rugi sekiranya ada yang terlepas mengunjungi pameran ini dan tidak berpeluang melihat lukisan mereka!
Selain daripada lukisan oleh para artis, anak-anak dari Chow Kit juga memeriahkan suasana di Contenglah 2016 dengan menunjukkan hasil karya mereka masing-masing. Acara doodle battle, permainan serta jualan oleh penerbit indie, kedai peralatan melukis, dan lelongan karya juga mewarnai perjalanan event Contenglah 2016.
Komik-komik Buasir Otak juga dijual oleh Comicore Club di sini.
Setiap pengunjung yang datang diberi hadiah fridge magnet dan kalendar eksklusif Contenglah 2016 oleh Doodle Malaysia sebagai tanda penghargaan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi sokongan terhadap usaha Doodle Malaysia dalam menengahkan bakat-bakat tempatan kita melalui Contenglah 2016.
1 Komen:
Ramai juga member yang beraksi dekat sini tempoh hari.
Malangnya tidak berkesempatan untuk ke sana.
Catat Ulasan