Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

TIPS & RAHSIA

Panduan Membaca Sastera Inggeris


Panduan Membaca Sastera Inggeris | Semalam Ayuni menerima pertanyaan yang menarik daripada salah seorang rakan Facebook yang berbunyi, "Ada tips tak untuk baca novel-novel klasik Inggeris?"

Kebetulan pada malam hari yang sama, Ayuni mengikuti kuliah oleh mentor Ayuni, Dr. Nicholas Osborne Pagan, di Universiti Malaya tentang penggunaan teori dalam kesusasteraan Inggeris. Teori (atau konsep) dalam kesusasteraan merupakan alat untuk membantu seseorang menterjemahkan suatu bahan bacaan kepada pelbagai jenis pemahaman.

Namun apakah penggunaan teori dalam membantu pembaca terjemahkan sastera berfaedah?

Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa pembacaan secara bersistemkan teori (methodical reading) akan membuang nikmat sebenar penghayatan suatu bacaan. Ini kerana nilai kejutan dan ingin tahu sudah hilang dari naluri pembaca, lantas membuatkan pembacaan menjadi bosan dan robotik - perjalanan melalui sebuah cerita menjadi kehilangan emosi dan nyawa, kerana pembaca sudah mengetahui apa yang hendak dicari dan dibaca dalam sastera tersebut.

Berbanding dengan pembacaan secara bebas tanpa bergantung kepada teori (inspired reading), pembaca menerima bahan bacaan dengan minda yang terbuka lalu membiarkan dirinya dibawa oleh jalan cerita dan watak-watak yang akan membuatkan pembaca berfikir tentang situasi dalam sastera tersebut. Makin pembaca berfikir, makin mendalam segala persoalan berkaitan tentang sastera itu akan dicapai. Bagai harta karun yang menanti untuk ditemui tanpa sebarang petunjuk, begitulah isi kandungan suatu bahan bacaan sastera.

Oleh itu bagi mendapatkan hasil pembacaan sastera yang berkualiti, pembaca harus bebaskan diri dan ikut arus jalan cerita yang dipersembahkan penulis sebelum mengunjungi semula dunia penulis dengan teori daripada pengalaman peribadi diri sendiri serta perkongsian sesama rakan. Seperti yang Ayuni katakan kepada rakan Ayuni, "Go with the flow".

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.