Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

EVENT

Pameran Lagenda P. Ramlee @ Nu Sentral


Pameran Lagenda P. Ramlee @ Nu Sentral | Baru-baru ini Ayuni berpeluang menyelami kisah hidup seniman agung tanahair Tan Sri P. Ramlee menerusi pameran eksklusif Lagenda P. Ramlee yang dianjurkan di aras LG pusat membeli-belah Nu Sentral.


Sepanjang musim cuti persekolahan Mac ini, Nu Sentral dengan kerjasama Arkib Negara mengadakan pameran tersebut sempena memperingati ulangtahun kelahiran P. Ramlee pada 22 Mac. Pameran ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pengunjung tentang sumbangan P. Ramlee kepada dunia seni perfileman tanahair.


Memang seronok mengunjungi pameran ini sebab terdapat himpunan koleksi sebenar milik peribadi P. Ramlee seperti cermin mata hitam, serta yang digunakan dalam wayang lakonan/arahannya seperti beca dalam filem Penarek Becha. Terdapat juga galeri gambar, poster filem, nota gubahan lagu, alat muzik, serta kostum dari filem.


Pengunjung juga berpeluang menonton filem-filem P. Ramlee secara percuma di teater mini khas yang disediakan dalam ruang pameran. Semasa Ayuni tiba di sini, kelihatan ramai orang sedang asyik menonton filem komedi Pendekar Bujang Lapok. Masih ingatkah babak lucu di mana watak P. Ramlee dikejar sekumpulan hantu Jepun dari kawasan tanah perkuburan? Babak tersebut sememangnya sukar dilupakan sehingga ke hari ini.


Pada masa yang sama, Nu Sentral juga menganjurkan pertandingan pencarian bakat P. Ramlee Star Search di mana peserta harus menghantar rakaman suara ke laman Facebook Nu Sentral bagi melayakkan diri ke pusingan akhir pertandingan yang berlangsung pada 19 Mac 2016. 


Klik ke link berikut jika anda berminat untuk menyertai pertandingan P. Ramlee Star Search @ Nu Sentralhttps://www.facebook.com/nusentralPameran berlangsung sehingga 20 Mac 2016.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

Nik Rizal berkata...

Saya dah pergi. Memang menarik, terutama wayang percuma tu.. ehe.

Dikuasakan oleh Blogger.