Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

EVENT

Arts & Decor Crafts Expo Inno Craft Melaka

Arts & Decor Crafts Expo Inno Craft Melaka | Cuti sekolah akan bermula minggu depan tetapi masih tak tahu hendak bawa keluarga berjalan di mana? Jom singgah Arts & Decor Crafts Expo di Inno'Craft Melaka untuk pengalaman bercuti sambil menerokai dunia tradisi bergabung dengan sains dan teknologi!


Innocraft Melaka, yang baru dirasmikan oleh Kerajaan Negeri Melaka pada Februari 2014, merupakan pusat pelancongan dan kraf terbaru di Melaka yang bertemakan konsep "Terokai Untuk Menghayati Pengalaman" di mana para pengunjung berpeluang bukan sahaja melihat, malah menghasilkan sendiri produk-produk kraftangan tradisi yang digabungkan dengan penggunaan teknologi dan inovasi. Antara produk kraf tradisi yang diperkenalkan dalam Inn'ocraft Melaka termasuk hasil tembikar, seramik, tembaga, pewter, kayu, batik, songket dan tenunan.

Selain daripada pameran hasil kraftangan, pengunjung juga boleh membawa anak-anak bermain permainan tradisi congkak dan membuat tembikar atau mencanting batik di dalam bilik DIY yang disediakan. Sempena cuti sekolah ini, apa kata anda membawa anak-anak makan angin di Melaka sambil berseronok membuat kraf di Inn'ocraft Melaka?


Arts & Decor Crafts Expo berlangsung selama 3 hari iaitu dari 11 Mac sehingga 13 Mac 2016. Masuk adalah percuma.


Jika anda merancang untuk membuat lawatan ke Melaka, jangan lupa singgah di Inn'ocraft Melaka bagi menerokai pengalaman berada dalam dunia tradisi yang digabungkan dengan inovasi!


Alamat Inn'ocraft Melaka:

No 1112-1,
Persimpangan Batu Hampar, 
Batu Berendam, 
75350 Melaka, Malaysia

Nombor telefon: 06-286 6601
Alamat e-mel: Innocraftmelaka@gmail.com

Dibuka setiap hari jam 10 a.m pagi sehingga 6 p.m petang


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.