Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

CONTEST

10 Barang Yang Harus Dibeli Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-4 Lazada!


10 Barang Yang Harus Dibeli Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-4 Lazada! | Wah, pejam celik mata rupa-rupanya laman membeli-belah online kegemaran pengguna Malaysia Lazada sudah menjangkau usia 4 tahun! 

Sempena sambutan ulangtahunnya yang ke-4, Lazada menganjurkan jualan ulangtahun yang berlangsung dari 15 Mac hingga 18 Mac dengan memperkenalkan pelbagai barangan menarik pada harga menakjubkan. Ah, rambang mata dibuatnya bila singgah di lazada.com.my dan melihat koleksi barangan yang ditawarkan oleh Lazada!

KLIK PIC untuk turut menyambut ulangtahun ke-4 LAZADA

Jika Ayuni boleh memilih 10 barang untuk dibeli pada masa yang sama di Lazada, Ayuni akan beli barang-barang berikut:

PENSONIC CHEF'S LIKE BREAD MAKER - PBM 2000


Teringin nak buat roti keju pintal atau roti sarang lebah seperti chef profesional? Pensonic Chef 's Like Bread Maker pasti akan membuat impian peminat roti menjadi realiti! 

Alat pembuat roti yang unik ini boleh membakar 500gm, 750gm, atau 900gm roti. Di samping memiliki 19 butang automatik untuk membuat apa sahaja jenis roti yang diingini, cawan penyukat, sudu, serta tingkap kaca untuk anda melihat betapa cantiknya roti mengembang, setiap pembelian Pensonic Chef 's Like Bread Maker diiringi senaskhah buku resipi percuma.

Bukan itu sahaja... jika anda membeli mana-mana barangan Pensonic Chef 's Like dari Lazada bernilai lebih RM350, anda berpeluang memenangi dua (2) tiket percuma ke kelas memasak bersama Dato' Chef Haji Ismail di Kuala Lumpur pada 13 Julai 2016!

Nota: Ayuni memang sudah lama teringin hendak belajar buat roti sarang lebah sendiri. Mungkin Pensonic Chef's Like Bread Maker dapat memberi Ayuni kemahiran sedemikian?


YORK 1.5HP AIR CONDITIONER YSL 3F15 WALL MOUNTED DELUXE 13000BTU


 

Tiada apa yang lebih menyamankan di musim cuaca panas sekarang selain daripada penghawa dingin berkuasa tinggi seperti York 1.5HP Air Conditioner YSL3F15/YWM3F15 Wall Mounted Deluxe 13000BTU. Model penghawa dingin ini memiliki bentuk bergaya yang sesuai digantung pada dinding ruang tamu, bilik tidur, dan pejabat di rumah, serta mampu menyamankan udara secara efisien dan mesra alam. Pengalaman tidur di waktu malam pasti aman dan sejuk di bawah aliran udara penghawa dingin York ini.

Lebih menarik, setiap pembelian penghawa dingin York 1.5HP Air Conditioner YSL3F15/YWM3F15 Wall Mounted Deluxe 13000BTU dari Lazada akan diiringi hadiah satu set bekas makanan kaca kedap udara (5 unit per set) percuma!

Nota: Memang betul, cuaca semakin panas disebabkan El Nino! Nak tidur di waktu malam pun sudah panas! Setiap setengah jam mesti rasa hendak mandi! Perasaan juga semakin panas! Harap-harap penghawa dingin York dapat menenangkan kepanasan badan dan hati Ayuni...


2 IN 1 BBQ KOREAN ELECTRONIC PAN GRILL & STEAMBOAT & TEPPANYAKI COMBINATION


Jadikan suasana makan malam di rumah bagai episod drama Korea dengan meletakkan pemanggang serbaneka 2 in 1 BBQ Korean Electronic Pan Grill & Steamboat & Teppanyaki Combination dalam dapur anda! Pemanggang barbeku yang juga boleh menyediakan hidangan steamboat yang panas dan teppanyaki yang lazat pada masa yang sama, hebat kan?

Sekarang tidak perlu lagi ke restoran Korea untuk menikmati bulgogi, doenjang jjigae, andong jjimdak dan sebagainya apabila anda boleh membawa Korea masuk ke dalam dapur dengan pemanggang 2 in 1 BBQ Korean Electronic Pan Grill & Steamboat & Teppanyaki Combination yang mudah alih ini!

Nota: Pemanggang ini juga sesuai sekiranya Ayuni hendak menyediakan temujanji makan malam yang romantis di rumah bersama bakal teman lelaki dari Korea nanti...


INTEX SWIM CENTER FAMILY LOUNGE POOL


Seronoknya jika dapat berendam dalam kolam air untuk menyejukkan badan di kala cuaca panas sekarang, betul tak? Kini anda boleh jadikan keseronokan bermain air di rumah bersama keluarga dengan membeli kolam Intex Swim Center Family Lounge Pool pada harga diskaun istimewa 55% sempena sambutan ulangtahun ke-4 Lazada! 

Kolam yang diperbuat daripada bahan vinyl ini boleh memuatkan empat (4) orang dewasa dengan tempat duduk selesa di setiap penjuru bagi aktiviti berendam dalam air yang menenangkan serta memudahkan ibu bapa mengawal anak-anak semasa bermain air. Terdapat dua (2) ruang khas disediakan untuk meletakkan minuman sejuk di bahagian tepi bagi pengalaman berendam yang selesa. Kolam ini boleh dilipat dan dibawa ke mana-mana selepas menggunakannya.

Rugi jika tidak memiliki kolam air Intex Swim Center Family Lounge Pool yang menarik ini kerana ia amat sesuai untuk ibu bapa meluangkan masa riadah bersama anak-anak kecil di waktu cuti musim panas. 

Nota: Walaupun tidak mempunyai anak-anak kecil, namun kolam air ini boleh berfungsi untuk membuat jiran tetangga sebelah iri hati melihat Ayuni bersenang-lenang berendam dalam air di bawah sinaran matahari yang terik sambil diiringi minuman teh ais limau yang sejuk...


BUYTRA HOUSE STRAWBERRY BASKET SOFT BED


Berikan kegembiraan kepada si manja dengan Buytra House Strawberry Basket Soft Bed yang comel ini! Rumah mainan berupa buah strawberi ini diperbuat daripada fabrik yang lembut dan selesa, pasti si manja akan leka bermain sepanjang masa sehingga tertidur nyenyak dalam rumah barunya. Sesuai untuk semua jenis kucing dan anjing peliharaan.

Nota: Kucing-kucing Ayuni - BW, Ninja, dan Smokey - mesti akan berebut-rebut hendak bermain dalam rumah strawberi yang comel ini. Sekurang-kurangnya rumah ini dapat mengelakkan mereka daripada mengganggu Ayuni tidur di waktu malam dengan menaiki katil Ayuni dan menyamar jadi bantal Ayuni...


CUISINART FROZEN DESSERT MAKER


Siapa yang tidak teringin memiliki sebuah mesin pembancuh aiskrim dan yogurt yang mudah digunakan, terutama sekali peminat ais krim? Cuisinart Frozen Dessert Maker bakal mencairkan hati anda dengan kelebihannya menyediakan ais krim, yogurt dan gelato yang lazat dalam masa 20 minit sahaja! 

Jadikan musim panas anda enak dengan hanya mencampurkan bahan membuat ais krim ke dalam mangkuk pembancuh - dan ais krim anda terus siap dengan cuma menekan butang otomatik! Ah, rasa seperti hendak menjerit "AIS KRIM!" dibuatnya!

Nota: Mesin ini WAJIB dibeli. 100% WAJIB!


PIONEER MCS-636 BLU-RAY SURROUND SYSTEM


Bawa suasana pawagam ke rumah dengan memasang set sistem pembesar audio berkeliling Pioneer MCS-636 Blu-Ray Surround System di ruang tamu anda! Dengan empat (4) pembesar satelit yang memberikan pancaran audio gemaan 3D, sambungan WiFi, sistem Digital Dolby,  dan keseragaman dengan semua jenis telefon pintar, sistem audio teater  Pioneer MCS-636 Blu-Ray Surround System yang memiliki 1.5 channel ini pasti membuat peminat muzik dan kaki wayang berasa seolah-olah berada dalam syurga hiburan!

Nota: Sebagai seorang peminat muzik yang juga menggubah muzik sebagai hobi di masa lapang, Ayuni harus mendapatkan Pioneer MCS-636 Blu-Ray Surround System untuk menikmati muzik dan filem secara berkualiti tinggi.


HD LENSES UNISEX SUNGLASSES UV PROTECTION NIGHT VISION DRIVING GLASSES


Jadikan pemanduan anda selamat dengan memakai kacamata HD Lenses Unisex Sunglasses UV Protection Night Vision Driving Glasses yang berupaya melindungi mata anda daripada 99% silau disebabkan cahaya lampu kereta yang terang di waktu malam dan pembiasan cahaya UV daripada sinaran matahari teriuk di waktu siang. Sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita.

Nota: Sebagai seorang pemandu, Ayuni mempunyai mata yang sensitif cahaya dan memerlukan kacamata yang boleh melindungi mata Ayuni daripada silau terutama sekali ketika cuaca terik sekarang. Kacamata HD Lenses Unisex Sunglasses UV Protection Night Vision Driving Glasses juga berkemampuan melindungi mata daripada letupan PC. Oleh itu, Ayuni harus mendapatkan kacamata ini demi keselamatan semasa berblogging di masa depan. Mana tahu, tengah menulis entri tiba-tiba komputer meletup di depan muka...


DJI PHANTOM 3 STANDARD QUADCOPTER DRONE


Ingin mengambil gambar dari atas udara bagi tujuan lukisan seni bina atau lanskap? Mahu memastikan sama ada jalan yang ingin diikuti tidak mengalami kesesakan trafik? Hendak menyiasat di mana musuh anda bersembunyi? DJI Phantom 3 Standard Quadcopter Drone merupakan dron berkamera yang sesuai untuk menyempurnakan kehendak anda!

DJI Phantom 3 Standard Quadcopter Drone merupakan dron pintar yang mampu terbang sejauh 1 km dan mengingati titik penerbangan yang direkod. Ia boleh terbang selama 25 minit. Kamera pada dron ini boleh mengambil video (2.7K) dan gambar (12 megapixel) yang jelas dan cantik. Dengan adanya 3 axis gimbal dibina pada dron, ia memudahkan gambar dan video diambil tanpa bergoyang semasa dron bergerak. Sistem alat kawalan dron sesuai diseragamkan dengan Blackberry.

Nota: Pasti album Instagram Ayuni akan nampak unik dengan adanya koleksi rakaman gambar diambil dari langit dengan menggunakan dron DJI Phantom 3. Ini juga merupakan alat yang sesuai untuk mengintai jejaka-jejaka kacak yang sedang bersendirian di dalam rumah mereka...


SAMSUNG WD12F9C9U4X 12KG WASHER DRYER


Jangan dinilai dari saiznya yang kelihatan kecil! Samsung WD12F9C9U4X 12KG Washer Dryer mempunyai kelebihan untuk mencuci dan mengering 12 kg pakaian dalam satu masa - oleh itu ia membantu anda jimatkan banyak masa, bil air dan bil elektrik!

Di samping menjimatkan masa dan kos, Samsung WD12F9C9U4X 12KG Washer Dryer berfungsi secara senyap dan kurang gegaran. Sekiranya anda sedang sibuk menyediakan sesuatu di dapur pada masa yang sama, anda hanya perlu mengawal fungsi mesin basuh pintar ini dari jauh dengan menggunakan telefon pintar anda... hebat kan?

Mesin basuh ini mempunyai ketahanan dan waranti sehingga 10 tahun. Bagi barangan yang besar dan berat, Lazada menawarkan penghantaran serta pemasangan percuma di rumah anda!

Nota: Kebetulan mesin basuh di rumah Ayuni sudah lama dan rosak. Ini peluang yang baik bagi Ayuni mendapatkan mesin basuh yang efisien dan kurang berbunyi semasa berfungsi. Sebagai seorang wanita yang bekerja sepenuh masa dan hanya sempat membasuh baju di hujung minggu, mesin basuh Samsung WD12F9C9U4X 12KG Washer Dryer merupakan penyelamat kepada pakaian dan fesyen Ayuni.


Menarik betul kesemua 10 barang di atas! Rasa tak sabar hendak memiliki kesemuanya. Jangan lupa untuk layari laman web membeli-belah Lazada di lazada.com.my untuk mengetahui ribuan lagi produk terbaru di sana...

Selamat menyambut hari ulangtahun ke-4 Lazada!

**********

This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

[Penulisan ini merupakan entri bagi peraduan blogger anjuran InvolveAsia x Lazada MY. Hadiah wang tunai dan baucar Lazada ditaja oleh Lazada Malaysia dan shopcoupons.]

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

TunSha Ayunie berkata...

Wahhh !! All the best kak ayuni... semoga dapat semua !! Auni tak pernah berbelanja dengan lazada... takde rezeki lagi walaupun teringin.... InsyaAllah ! one day !!

Dikuasakan oleh Blogger.