REVIEW

Playboy Play It Wild Review: Playboy Itu Milikku!


Playboy Play It Wild Review: Playboy Itu Milikku! | Playboy itu milikku! Bukan, ini bukan tajuk drama bersiri televisyen jam 7 malam di TV3... tetapi Ayuni hendak memberitahu bahawa Ayuni kini sudah memiliki wangian Playboy Play It Wild yang baru.

Semalam Playboy Play It Wild membuat promosi melalui satu roadshow di Pekan Siswa Universiti Malaya dan pelbagai aktiviti menarik dan freebies disediakan bagi pengunjung. Antaranya termasuk cabutan bertuah, pusingan roda bertuah, dan rakaman selfie. 

Ayuni memperoleh wangian Playboy Play It Wild untuk wanita berbentuk semburan badan 150ml melalui acara ini juga. Cantik rekabentuk botolnya, kan? Lebih-lebih lagi Ayuni amat menggemari corak harimau. Sedap bau ala oriental dalam kandungan botol. Bau haruman wangian ini juga bertahan selama 24 jam, jadi sangat sesuai dipakai ketika keluar bekerja atau beriadah sepanjang hari. Suka bila dapat dua pek percubaan haruman wangian Playboy dalam bentuk kepala arnab tu sekali dengan pembelian.


Jika anda seorang gadis yang bersemangat berani, cekal dan memiliki perwatakan gila-gila, semburan badan ini sesuai untuk anda!

Semburan badan Playboy Play It Wild untuk lelaki dan wanita kini boleh didapati di kedai Watson dan Guardian.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.